Tuesday, January 1, 2019

Perkataan baru 2018

10  perkataan diperkenalkan DBP sepanjang 2018




1. Bento
Kotak atau bekas mengisi makanan yang berasal dari negera Jepun, diperbuat daripada kayu atau plastic dan mempunyai ruang pembahagi.
2. Certot
Karangan rekaan yang lebih pendek daripada cerpen, biasanya kurang daripada 500 patah perkataan. Certot ialah akronim bagi cerita kontot.
3. Data raya (big data)
Ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet.
4. Dialog awam (town hall)
Mesyuarat tidak formal, pertemuan dan acara awam di mana hadirin boleh memberikan idea, menyuarakan pandangan dan bertanyakan soalan terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan di dalam dewan bandaran.
5. Jaguh siber (keyboard warrior)
Seseorang yang menyiarkan mesej marah atau suka ketika berhujah melalui Internet.
6. Netizen
Warga siber atau mereka yang terlibat dengan laman sosial atau rangkaian internet.
7. Pesan hantar (door ship)
Kaedah penghantaran barangan daripada pengilang terus kepada peruncit mengikut pesanan tanpa melalui saluran pengedaran yang biasa.
8. Rai bayi (baby shower)
Majlis untuk meraikan bakal ibu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
9. Sohor kini (trending)
Berkenaan seseorang atau sesuatu yang disebut dan dibincangkan secara meluas dalam laman media sosial.
10. Tular (viral)
Keadaan sesuatu yang merebak atau diedarkan dengan cepat dan meluas menerusi alam maya, daripada satu pengguna internet kepada pengguna yang lain.

No comments:

Post a Comment