Wednesday, December 5, 2018

POKOK SERAI KAYU


Pokok serai kayu pokok salam, pokok Samak adalah sejenis pokok yang sama mendapat gelaran yang berbeza dari segi faktor tempat.
    Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, Manting, dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula ( Syzygium polyanthum),
Merupakan sejenis pokok tropika daripada keluarga Myrtaceae .ia mampu menjadi pokok setinggi  30 meter dengan batang berwarna kelabu dan bersisik. ciri-ciri fizikal pokok jenis saka. Daunnya berwarna hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Pada saya walaupun daun serai kayu mempunyai rasanya yang kelat, tetapi sebenarnya kemudian ia mengeluarkan rasa lemak dan sedikit manis. Mudah didapati di hutan dan kebun.munkin biji benih  di sebarkan oleh burung atau tupai. Cara tanaman melalui keratan batang atau biji benih.

Untuk mendapatkan pucuk muda ataupun pucuk baru yang lembut lazimnya dilakukan pemangkasan. Pemangkasan juga perlu untuk mengelakkan pokok serai kayu lebih cepat meninggi dimana ia munkin sukar untuk memetik pucuknya yang muda.
Bunga serai kayu adalah sesil dan berwarna putih.
Memiliki buah jenis globus, Berwarna merah jambu atau ungu apabila masak. 
Pokok ini Allah mengurniakan seribu satu khasiat yang amat bernilai kepada manusia. Pucuk daun kebiasaannya dijadikan ulam-ulaman tambahan untuk makanan seperti nasi kerabu, laksam, mahupun laksa. Daunnya yang dikeringkan pula sebagai penambah aroma untuk masakan barat dan timur tengah.




cubaan semai menggunakan biji benih
  Selain itu bagi salah satu ikhtiar ubat kepada kanak-kanak yang demam. Daun diambil dan diramas-ramas didalam air kemudian dibuat mandian agar demam kanak-kanak menjadi kebah.




Buah pokok serai kayu juga boleh dimakan. Rasanya seperti masam-masam manis dan kadang-kadang kelat jika tergigit biji.




Setelah lebih 10 tahun
    saya dah cuba menanam dengan menggunakan keratan batang dan biji benih... nampaknya tanam melalui biji benih berhasil.. untuk tujuan pembiakan.

tanam melalui keratan batang sekejap je tumbuh pucuk.. kemudian tu.. pokok mati.


Selamat berkenalan dengan pokok serai kayu... :-)





                             
p/s bacaan tambahan untuk tujuan kajian.
    Memetik dari artikel berita harian, bertajuk 
“Khasiat daun serai kayu rawat darah tinggi”  bertarikh 30 september 2014.   Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.
Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi.
              Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat.
"Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.
"Kami tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil.
Belum ada kajian

Justeru, kumpulannya menjalankan penyelidikan secara saintifik selepas mendapati belum ada lagi kajian terhadap daun itu dilakukan bagi menentukan keberkesanannya dalam bidang perubatan.

Kajian saintifik yang dijalankan terhadap dua spesies tikus, Wistar Kyoto (WKY) dan Spontaneously Hypertensive (SHR) mendapati ekstrak daun serai kayu mampu menurunkan tahap tekanan darah haiwan itu.

"Kita menggunakan dua kaedah iaitu menyuntik cecair dari ekstrak daun serai kayu ke salur darah kedua jenis tikus berkenaan dan memberi makan ekstrak daun itu selama sebulan.

"Hasilnya, sebaik cecair ekstrak daun salam disuntik dalam saluran darah, tahap tekanan darah tikus SHR yang sememangnya secara genetik mempunyai darah tinggi menurun sehingga 30 peratus, manakala tikus WKY yang juga tikus berdarah normal, tahap tekanan darahnya tetap normal," katanya.

Terbukti bantu turunkan darah tinggi

Menerusi kaedah kedua, katanya, pihaknya menggunakan cara memberi makan ekstrak daun salam kepada kedua jenis tikus itu selama sebulan dan mendapati ia turut membantu menurunkan darah tinggi.

Lebih menakjubkan, ia tidak langsung menurunkan darah tikus WKY yang berdarah normal.

"Tujuan menggunakan kaedah kedua adalah bagi meniru kesan pesakit darah tinggi yang makan ulam daun salam setiap hari. Daripada kajian ini, kita dapati daun salam tidak memudaratkan mereka yang mempunyai tekanan darah normal kerana pengambilannya tidak menurunkan darah," katanya.

Kajian itu juga mendapati daun serai kayu mengandungi asid galik (gallic), asid oleik, asid linoleik dan seselin, yang berfungsi menurunkan tekanan darah.

"Kita juga menjalankan kajian toksikologi dan hasil penyelidikan mendapati bahan aktif dalam daun itu tiada kesan berbahaya jika diambil melebihi dos dicadangkan," katanya.

Ketika ini, pihaknya bercadang menjalankan kajian lanjut bagi mengasingkan bahan aktif dalam daun salam itu dan bercadang untuk mempatenkan hasil kajian seperti peringkat kajian terhadap manusia dijalankan tidak lama lagi.

"Kita berharap dapat menghasilkan produk suplemen bagi membantu golongan penghidap darah tinggi. Ia boleh menghasilkan ubat daripada serai kayu dengan formulasi yang betul bagi penghidap penyakit darah tinggi," katanya.

_______________________________________________

P/S : Ditanya sama ada, sama tak pokok serai kayu yang ni dengan daun salam yang kering jual kat pasaraya tu. jawapan saya tetap tak sama. ni jawapan peribadi. 


No comments:

Post a Comment