Monday, December 10, 2018

Review book : MENJADI SEORANG PELABUR BIJAK


Tajuk Buku: MENJADI SEORANG PELABUR BIJAK

Pengarang: ZULNAIDI YAACOB

Tahun diterbitkan: 2011

Diterbitkan oleh:  MUSTREAD PROFESIONAL

Bilangan muka surat :160 .

Bilangan Bab :  10 Bab

Sinopsis Buku Yang Dibaca: 


MENJADI SEORANG PELABUR BIJAK -  buku yang memberikan pengenalan tentang pelabur dan pelaburan. 
            
Jenis saham amanah dana ekuiti sebahagian besar daripada portpolio pelaburan diliputi oleh dana saham amanah sebegini adalah lazimnya dalam bentuk pemilikan saham-saham syarikat yang tersenarai di bursa Malaysia.yang kedua dana seimbang . dana saham amanah jenis ini mempunyai kombinasi portolio pelaburan ekuiti, sekuriti , tunai dan hartanah. Yang ketiga dana pasaran wang.
Dana saham amanah jenis ini dilaburkan dalam instrument pasaran wang seperti bil perbendaharaan. Yang keempat dana tajaan badan berkaitan kerajaan dana saham amanah seperti ini dikendalikan oleh perbadanan  ekonomi negeri negeri tertentu seperti Amanah Saham Kedah dan Amanah saham Sarawak. Yang kelima dana hartanah dana saham ini melabur dalam hartanah meliputi pemilikan premis-premis komersial bernilai tinggi dan strategic. Yang keenam pula dana syariah dana ini dikendalikan berdasarkan prinsip-prinsip syariah sepenuhnya.
                                       

          Ciri-ciri pelaburan dalam emas. Emas adalah simbol kekayaan bagi mereka yang hartawan. Namun, bagi masyarakat terkebawah, emas tetap mempunyai nilai hubungan yang sangat rapat dalam mewarnai kehidupan yang dilalui. Emas sebagai aksesori wanita. Apabila seseorang membeli emas sebagai barang hiasan diri, mereka bukan sahaja membayar nilai emas tetapi turut membayar sejumlah premium berdasarkan corak dan reka bentuk barang kemas. Harga emas sentiasa mengalami naik turun setiap hari malah pada setiap minit. Kegairahan kebanyakan orang untuk melabur dalam emas tanpa memahami sifat harga emas yang sentiasa berubah –ubah boleh menyebabkan mereka merasa kecewa. Namun demikian, jika dilihat dari sudut lain, pelabur emas memang boleh mengharapkan untuk menikmati peningkatan nilai pada jangka masa panjang. Untuk mendapatkan untuk maksimum dari pelaburan emas, anda perlu memilih altenatif yang menawarkan margin selerakan yang paling kecil. Margin selerakan ialah perbezaan Antara harga jualan dan harga belian.

            Jenis saham hartanah meliputi panduan pembelian premis jika pertama kali membeli rumah.Penentuan lokasi, penentuan jenis keidaman, penentuan harga yang mampu bayar. membuat lawatan ke tapak projek/unit kediaman yang ingin dibeli adalah langkah yang tidak boleh di abaikan. pilih unit yang diingini. terdapat pelbagai ragam pembeli rumah ketika memilih unit, mereka mempunyai sebab tersendiri dalam memilih unit rumah. minta juga pandangan awal dari pegawai bank tentang kelayakan pinjaman . Selepas berpuashati dengna syarat-syarat berkaitan pembayaran deposit, pihak bank pula memberi respon yang positif kemunkinan pinjaman anda boleh diluluskan. setelah pinjaman diluluskan, maka anda perlu mula membayar bayaran ansuran pinjaman tertakluk pada terma dan syarat perjanjian pinjaman.


    Pengenalan kepada saham koperasi. Sejak dari awal sejarah perkembangan koperasi di Negara ini dimulakan, koperasi telah ditubuhkan dengan hasrat untuk membela ekonomi golongan pekerja dan golongan kelas bawah dan menengah. Maklumat tentang perkembangan sektor koperasi di Malaysia boleh diperolehi di laman sesawang Suruhanjaya Koperasi Malaysia(http://www.skm.gov.my) walaupun keahlian koperasi di seluruh Negara menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun, potensi koperasi masih belum diteroka sepenuhnya. Walaupun memiliki saham koperasi adalah satu bentuk pelaburan yang boleh menguntungkan, anda perlu berhati hati kerana tidak semua koperasi berprestasi baik, malah lebih malang , terdapat koperasi yang gagal serta terpaksa dibubarkan. 

      
   Jenis pelaburan koleksi barangan. Koleksi barangan adalah satu bentuk pelaburan yang boleh anda pertimbangkan. Populariti untuk pelaburan koleksi barangan munkin tidak sepopular instrumen pelaburan lain memandangkan bilangan mereka yang mempunyai minat mengumpul koleksi-koleksi barangan adalah terbatas. Terdapat pelbagai koleksi barangan yang boleh dibeli dan dikumpulkan untuk dijadikan satu bentuk pelaburan seperti mata wang peringatan, setem peringatan, barangan yang mempunyai nombor siri atau pendaftaran yang unik, koleksi barangan peribadi individu ternama dan lagenda, koleksi barangan yang terhad pengeluarannya serta barangan yang mempunyai nilai sejarah..

      Sukuk boleh dikatakan Antara inovasi pelaburan patuh syariah yang masih baharu. Sukuk merujuk kepada perkataan arab yang membawa maksud sijik kewangan   islam yang patuh syariah. Pengeluar sukuk akan menyewa kembali sijil tersebut pada kadar yang telah ditetapkan serta memberi komitmen untuk membeli kembali sijil tersebut pada masa hadapan dengan harga par. Antara sukuk yang pernah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia ialah sukuk simpanan rakyat pada tahun 2009. dan sukuk 1Malaysia pada tahun 2010. Anda boleh melanggan  sukuk 1malaysia dengan pelaburan serendah RM 1000 hingga RM 50000. Jaminan keuntungan 5% yang dibayar pada setiap suku tahun .

Manfaat / pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:

Jadilah pelabur yang baik, antara ciri-cirinya :

 1. Berilmu - sentiasa mencari dan menggali ilmu-ilmu baru dan terkini

 2.  Proaktif - Mengenal pasti altenatif -altenatif instrumen pelaburan yang ada.

 3. Berdisiplin - tidak mudah patah semangat

 4. Berorientasi keuntungan - perlu menentukan kombinasi instrumen pelaburan yang akan membentuk portfolio pelaburan.

 5. Pembuat keputusan yang baik - pelabur perlu merancang pelaburan yang ingin dilakukan seperti mengenal pasti jangka masa peburan, dana yang ada dan risiko yang sanggup dihadapi

6. Konservatisme kewangan. - tidak menzahirkan keuntungan sebelum keuntungan benar-benar terjadi tetapi menzahirkan kerugian lebih awal iaitu sebaik sahaja sesuatu kerugian itu dijangkakan berlaku.



Jangan lakukan 6 perkara ini jika anda ingin melabur.

1.    Jangan  melabur tanpa ilmu.

2.    Jangan melabur dalam satu instrument sahaja

3.    Jangan terlibat dalam skim cepat kaya.

4.    Jangan melabur dengna membuat pinjaman

5.    Jangan melabur kerana sintemen

6. Jangan melabur kerana ikut ikutan.

No comments:

Post a Comment