Sunday, December 9, 2018

Review Book : TEORI KONSPIRASI RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM

 Tajuk Buku: TEORI KONSPIRASI RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM

Pengarang: IBNU YAACOB

Tahun diterbitkan: 2013

Diterbitkan oleh: MOON MEDIA ENTERPRISE

Sinopsis Buku Yang Dibaca: 


TEORI KONSPIRASI RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM - teori konspirasi adalah teori-teori yang berusaha menjelaskan bahawa penyebab tertinggi dari satu atau serangkaian peristiwa (pada umumnya peristiwa politik, sosial, atau sejarah) adalah suatu rahsia, dan seringkali memperdaya, direncanakan diam-diam oleh sekelompok rahsia orang-orang atau organisasi yang sangat berkuasa atau berpengaruh.


      Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakat sesebuah Negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun di bawah minda separa sedar.

       Antara intipati yang menarik untuk dikongsikan didalam buku ini ialah, symbol mata dan piramid  Dajjal yang tersembunyi dalam pelbagai filem. Projek besar dajjal untuk mengawal minda dirancang melalui filem. Filem-filem Alien yang dirancang khusus ole ahli-ahli Freemason. Pirates of Caribbean dan kisah-kisah nabi Khidir yang berumur panjang. Dajjal dan agenda pembinaan computer gergasinya untuk mengawal manusia selurul dunia.

           Bagaimana Hollywood mendidik penonton bersikap anti kewujudan Tuhan. Lord of the rings dan peristiwa kehilangan cincin nabi sulaiman  as. Pelakon Harry Potter tidak percaya kewujudan tuhan. Steven Spielberg adalah ahli mesyuarat tetap organisai elit yahudi. Tanda-tanda peristiwa 11 September 2001 di dalam filem yang tidak disedari masyarakat seluruh dunia.

        Namun, jika semua rancangan rahsia yang disembunyikan disebalik filem-filem  itu boleh diketahui dan diselidiki oleh orang-orang awam , apakah ini menunjukkan kegagalan.  Tetapi penulis lebih mengesyaki ‘kerapuhan’ maklumat itu sengaja dibuat kerana Iluminiti mahu mengkaji, berapa peratuskah masyarakat dunia yang sudah menyedari ‘kewujudan’ mereka.

        Manfaat / pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:




Buku ini merupakan perbincangan secara ilmiah beserta bukti-bukti yang kukuh untuk di percayai. Pembaca digalakkan mempuat penyelidikan sendiri dengan mengambil sumber-sumber rujukan lain agar berlaku keselarasan dalam pembinaan maklumat yang lebih jitu. Semoga kita semua terpelihara dari fitnah dajjal .

Marilah kita selalu memanjatkan doa agar dipelihara iman.



ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal

No comments:

Post a Comment