"Pusing - pusing pokok
mulberi..
pokok mulberi ..
pokok mulberi...
pusing-pusing pokok mulberi sepanjang hari.. "
Hari ini nak kongsikan beberapa tip pengetahuan asas mengenai pokok mulberi. Pokok ini boleh dikategorikan sebagai pokok serba guna kerana dari akar batang, daun dan buah sangat memberi manfaat kepada kita.
Mulberi (juga disebut kertau) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.
Berikut adalah spesies-spesies Morus Mulberi yang diterima umum setakat ini:
🌸 Morus alba L. – Mulberi putih (Asia Timur)
🌸 Morus australis Poir. – Mulberi Cina (Asia Tenggara)
🌸 Morus celtidifolia Kunth (Amerika Latin & Mexico)
🌸 Morus insignis (Amerika Selatan (yang hidup di lembah Amazon)
🌸 Morus mesozygia Stapf – Mulberi Afrika (Afrika Tengah
Selatan khususnya yang hidup dibahagian Congo)
🌸 Morus microphylla – Mulberi Texas (Mexico, Texas (USA))
🌸 Morus nigra L. – Mulberi Hitam (Asia Barat Daya)
🌸 Morus rubra L. – Mulberi Merah (Amerika Timur Laut)
Pokok ini boleh di biakkan melalui keratan batang / tut. Serta jangan terkejut apabila baru saja semai keratan batang. Beberapa hari kemudian buah sudah muncul bersama pucuk pokok yang baru.
Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam harus di letakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga 10 helai daun. Elakkan pokok bergoyang untuk elakkan akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya rosak...
Pokok mulberi boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia juga sesuai di tanam di tepi pagar rumah anda dengan jarak rapat. Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal.
Penjagaan pokok ini tidak rumit. Dari segi pembajaan cuma perlu di beri air basuhan beras/ikan. Selain baja-baja organik lain.
Semasa pokok mengeluarkan buah, daun-daun hendaklah dikurangkan bagi menggalakkan keperluar nutrien sampai kepada buah sahaja. Ini akan menggalakkan buah membesar dari biasa walaupun buah mulberi itu cuma baka kampung .
Daun kebiasaannya orang keringkan, dan dibuat teh. Manakala daun yang muda kebiasaannya di buat masak lemak, goreng tumis air, dicampur dalam sup, atau di buat ulam makan cicah sambal belacan. Manakala daun yang agak matang orang buat daun kerepek celup tepung.
Buahnya pula yang rasa agak masam - masam belimbing buluh ketika masih berwarna kemerahan. Jika sudah kehitaman masamnya sudah hilang yang tinggal adalah manisnya saja. Buah mulberi kaya kandungan vitamin C, asid sitrik dan gula, Buah muberi kebiasaannya orang akan buat jem, jus, smothie yang lazat serta tidak ketinggalan bahan hiasan untuk kek dan pastri. Makan begitu sahaja pun sudah sedap.
Jom tanam pokok mulberi di halaman rumah anda dan kongsikan kebaikan bersama.
sumber rujukan :
1. wikipedia https://ms.wikipedia.org/
No comments:
Post a Comment