Monday, December 31, 2018

Pusat Kegiatan Guru (PKG)


Bagaimana Sejarah "Pusat Kegiatan Guru" tercipta..?




SEJARAH

    PKG bermula pada tahun 1979 apabila sebanyak 330 unit Projektor Slaid dibekalkan kepada sekolah-sekolah yang disebut sebagai Pusat Sumber Tempatan. Sekolah ini dipilih berdasarkan kepada mudahnya dihubungi oleh 10 hingga 20 buah sekolah yang lain. Kemudian Pusat Sumber Tempatan ini telah diubah nama kepada Pusat media Daerah dengan fungsi utamanya untuk menyediakan kemudahan bagi guru membina bahan bantuan mengajar.



        
          Apabila Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dibina di empat buah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Kementerian Pelajaran pada tahun 1981 telah menekankan tentang perlunya ditubuhkan cawangan-cawangan PSPN di luar bandar. Ini adalah bertujuan untuk mengatasi mutu pendidikan yang rendah dan pencapaian akademik yang tidak seimbang di antara murid di bandar dan luar bandar. Dengan itu konsep Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) yang sebelumnya dikenali sebagai Pusat Media Daerah diterima.

              Bermula pada tahun 1986 bantuan kewangan telah diterima daripada Bank Dunia ke -8 bagi membekalkan alat bahan kepada 350 buah sekolah yang dijadikan PSPD (bagi Negeri Johor sebanyak 44 buah telah diwujudkan). Seterusnya dengan bantuan kewangan daripada Pinjaman Bank ke 10 sebanyak 200 buah bangunan PKG ( termasuk 26 di Negeri Johor Darul Takzim) telah di bina. Pembinaan bangunan bagi 150 buah PKG telah dimasukkan dalam RM ke-6. Pada 14 Ogos 1990 nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah ini ditukarkan nama kepada Pusat Kegiatan Guru bagi menyesuaikan pusat ini dengan peranannya.

           Penubuhan PKG ini adalah salah satu inovasi baru dalam bidang pendidikan bagi memenuhi hasrat  untuk menyediakan ruang kepada guru-guru untuk mengembangkan diri mereka. Ia merupakan penjelmaan suatu pemikiran yang mengutamakan perubahan dalam usaha Kementerian  Pelajaran. Penubuhannya adalah satu usaha untuk menggerakkan aktiviti pendidikan dengan cara “desentralisasi” yang lebih berkesan di peringkat daerah dan kawasan bagi mencapai matlamat pendidikan yang bermutu dan berkesan.

   Pusat Kegiatan Guru  yang lebih dikenali sebagai PKG merupakan satu institusi di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan,  Kementerian Pelajaran Malaysia. PKG ialah unit dibawah tadbir urus BTP Negeri Johor yang berada di alamat No1, Jalan Hang Jebat, Taman Skudai Baru.



      Di daerah Pasir Gudang  terdapat 3 PKG yang dibahagi mengikut zon  iaitu PKG Permas Jaya (mengandungi  34 buah sekolah ahli) Untuk zon PKG Permas Jaya , PKG Ulu Tiram  (mengandungi  36 buah sekolah ahli) untuk zon Ulu Tiram dan PKG Pasir Gudang (mengandungi  41 buah sekolah ahli) untuk zon Pasir Gudang.


      Pembahagian zon ini diselaraskan mengikut zon kurikulum PPD Pasir Gudang bagi memudahkan urusan pentadbiran.





VISI

Wujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah

MISI

Membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dikalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

FUNGSI

1.       Mengkaji dan mentafsir keperluan dasar pendidikan berkaitan dengan peranan teknologi pendidikan bagi memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.       Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
3.       Menyebarkan bahan P&P yang diterbitkan melalui media cetak, radio, TV, CD Rom dan rangkaian komputer.
4.       Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses PdP.
5.       Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pembangunan Pusat sumber.
6.       Merancang, memantau, Menyelaras dan menilai keberkesanan program galakkan membaca (NILAM).
7.       Memberi khidmat bantu dan nasihat bagi menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan.
8.       Merancang dan memantau, menyelaras dan menilai program sekolah bestari dan pembestarian sekolah.




...................................................................................

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut ..


No comments:

Post a Comment