Wednesday, December 5, 2018

Review Buku : Membina Imaginasi Cemerlang


Tajuk Buku: Motivasi Diri Membina Imaginasi Cemerlang

Pengarang: DR. HM Tuah ISkandar al-Haj

Tahun diterbitkan : 2003

Diterbitkan oleh: Karya Bistari SDN BHD


Sinopsis Buku Yang Dibaca:  

                  Buku ini telah saya baca sejak dari tahun 2004 lagi dan sehingga kini masih lagi relevan untuk dibaca. Ia Mengisahkan tentang diri pengalaman penulis sendiri.


              Mengangkat tema binalah angan-angan yang cemerlang untuk mencapai kejayaan. Membimbing pembaca menjadikan angan-angan sesuatu yang berhargadan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup. 


           Sebagaimana pengalaman pengarang dari zaman kanak-kanaknya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang tabah. Mempunyai bilangan adik beradik yang ramai. Dari pengalaman-pengalaman yang tak berapa gemerlapan seindah pelangi. Namun beliau bangkit berbekalkan ilmu, minat dan minda yang sentiasa terbuka. Akhirnya beliau berjaya mencapai apa yang di ingininya. 

             Contoh penganugerahan yang di perolehinya setakat Januari 2001, jumlah anugerah yang diterimanya sebanyak 27. Antara yang terbesar pada peringkat nasional ialah “Anugerah Buku Terbaik Kebangsaan 2014”, “Anugerah Belia Negara 1999”, “Anugerah Darul Takzim 1997 dan 1999”. Pada peringkat Antarabangsa “Outstanding People of the 20th Century”, Britain and Award of accomplishment, Amerika Syarikat.



Manfaat/
pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:


1. Memperihalkan makna imaginasi.

2. Mengenal pasti antara keajaiban minda.

3. Kebolehan berkomunikasi Antara minda ke minda.

4. Memperihalkan kebolehan apa sebenarnya berlaku apabila anda tertekan.

5. Mengenali sifat seorang pengapai.

6. Mengenali diri sendiri.

7. Cara mudah untuk mengelakkan dari terlupa.

8. Mengenali apa itu penuaan minda. 

No comments:

Post a Comment