Monday, December 10, 2018

ANTOLOGI ANEKDOT SERAM KOMEDI - SERAMEDI HIDUP JANGAN SERIUS SANGAT


   


Anekdot atau Certot mengikut kamus  wikipedia, bermaksud kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian(peristiwa) ia teramat pendek , selalu dua hingga empat perenggan yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara. Diakhir perenggannya diharapkan ada klimak dan punch line sampai.
      
          Buku terbitan KTR Press ini sesuai dijadikan bacaan santai, ditulis sebanyak 21 orang penulis  yang berbakat serta mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan tempat.  Buku ini sebanyak 201 muka surat. Bertemakan komedi seram . Banyak pengajaran-pengajaran secara santai telah disampaikan oleh penulis dalam pada jenaka dan seram.  

Memetik dari salah satu cerita ...



#USTAZ DARI MESIR - Hasil nukilan Zhar Aruzi Hairi


"dia mesti ada kat sini. Ustaz tu rajin berqiamullail," ujar Lebai Meon sambil berjalan masuk ke dalam surau.


"Ye ke, Lebai? Mujur aku sempat baling burung hantu kat atas bumbung tadi. Bunyi tu  bagi aku lemah semangat..." jawab Hj Maliki sambil menyalakan lampu. Sekujur tubuh kelihatan kerketar-ketar sujud di saf hadapan.


" Eh betullah ada orang. Tapi, kenapa sujud dia terketar-ketar?' tegur hj Maliki.


"Allahu Haji ! ini bukan tahap kita lagi. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang betul-betul takut kalau berhadapan dengan yang Esa."


" Eh, ada duit bergumpal-gumpal kat sebelah dia tu!"


"Hj, ujian untuk setiap hambanya-Nya tidak sama. Kita bertuah kerana dapat lihat manusia yang diuji dengan duit tapi dia tidak kisah langsung!"


"Bertuah sungguh budak ini. Eh! cepatlah panggil dia minta tolong ubatkan anak aku!"


" Ustaz Syaiful, kami sebenarnya ada hajat ni. Nak minta Tolong dengan ustaz." Lebai Meon menegur. Jidin terketar-ketar bangun dari sujud.


"Minta maaf. Bukan snegaja saya buat macam ni!" jelas Jidin.


"Eh,, kami bukan nak marah kamu qiamullail kat sini. Kami nak minta tolong kamu ubatkan si Elisa, anak Hj Maliki ni. Dia kena sampuk hantu."


" Tapi......"


.............................................


Tentu ramai yang tertanya-tanya siapa jidin ni. dan siapa pula Ustaz Syaiful....


jika nak tahu lebih lanjut kesudahan cerita ini. boleh dapatkan buku ini. di Talian 019-4702839 berhubung terus dengan encik Khairi Tajudin.





No comments:

Post a Comment