Thursday, January 3, 2013

Jika Aku berada ditempatnya

"Hak yang bercelaru mampu dikalahkan dengan kebatilan yang terancang."


kadang-kadang ada juga perasaan marah. Apabila mendengar suaranya yang menjengkelkan.


kadang-kadang air mata ini tumpah juga sebab mendengar keputusannya yang dikatakannya perbincangan tetapi.. diputuskannya sendiri.

kadang-kadang pedih juga telinga ini apabila saudara kandung berlainan bapanya mengejinya.

Salahkah dia.

Salahkah dia..

Salahkah dia?

aku tidak boleh salahkan dia. kerana dia juga mangsa keadaan.

jika diselami dunia yang menghimpitnya kejam.

"1952"

kejam yang dilalui bagi kanak-kanak berusia 9 tahun untuk mencari makanannya sendiri.

jatuh pokok tulang rusuk patah. hanya mampu mengubatnya sendiri.

Dimana emak ayahnya yang menjadi penjaganya.
tidak lagi mempedulikannya.

mengharap belas ihsan saudara.

 saudara pula hanya mengacu parang. terkena pula di betis.

Ya Allah. Tuhan yang maha melihat.

Aku menerima ini sebagai salah salah satu ujian darimu.
Ujian untuk dia.. ujian untuk kami.
Rahmatilah kami...

seperti dipetik dari lirik lagu dari Kumpulan Devotees...

" Tuhan usah bebankan kami,
Dengan bebanan yang berat,
seperti yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami.

Tuhan jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya,
Maafkan salah kesilapan,
Ampunkanlah dosa-dosa.
Rahmatilah Kami"


pasti dia akan memarahi aku kerana aku telah menceritakan kisahnya.

tetapi marahlah aku. aku terima. kerana kesan marahnya ini tidak mampu menandingi kepedihan yang dia rasa.

Maafkan aku kerana terlalu emosi.

agak lama juga aku menahan dan menerima "Jika Aku berada ditempatnya"

tujuan catatan ini dinukilkan bukan untuk meraih simpati.

malah untuk menyalahkan sesiapa jugak tidak. kerana ada diantara mereka ini sudah tiada dibumi ini.

yang pasti jika ada kesilapan lalu yang boleh diperbaiki. pasti boleh diperelokkan.

agar pisang tidak berbuah lagi sekali.agar kita tidak menangisi pada sesuatu yang bukan milik kita.

ayuh kembali mengatur strategi jika kita benar berada di pihak yang benar. Inshaa Allah.

Allah akan menolong usaha kita !!


No comments:

Post a Comment