Sunday, June 29, 2014

Hukum dan daya tarikan mengumpat.

        Hukum dan teori relativiti mengumpat. Boleh jadi hari ini kita seronok bercakap atau mendengar orang menceritakan keaiban dibelakang orang lain, boleh jadi orang yang    sama  juga tengah seronok mendedahkan aib    kita di belakang kita.   Sebagai manusia kita tak lari dari pernah melakukan kesilapan.

Apabila kita berbalik kepada pencipta kita. Dia sendiri maha pengampun dosa-dosa manusia apabila hambanya kembali bertaubat. Siapa kita hendak menilai manusia terhadap amalannya.

Sebagai manusia kita apabila berhadapan dengan 10 orang manusia kita tidak boleh mengharapkan mereka juga sependapat kita. Jauh sekali kita mengharapkan mereka akan berbaik sangka dengan kita.  apa yang kita harapkan setiap tindakan kita, hati kena ihklaskan semata-mata lillahitaala. Apabila melihat orang lain. Pandanglah dari sisi putihnya. Kerana boleh jadi orang itu pernah berjasa kepada kita di saat kita dalam kesusahan

Kita juga kena selalu beringat ketika kita rasa mula seronok nak membuka aib orang lain maka ingatlah ketika di akhirat kelak. Orang yang kita buka aibnya akan seronok gembira kerana dapat mudah masuk ke syurga atas tiket umpatan kita tadi. Kerana segala amalan baik kita akan kembali kepada orang yang kita umpatkan, tetapi jika kita pula tiada amalan kebaikan maka segala amalan keburukan orang yang kita umpatkan akan kembali kepada kita. Maka beratlah amalan keburukan di neraca timbangan kita di negeri yang kekal abadi. Sanggupkah kita?

Selain itu Allah swt juga telah berjanji. Barang siapa yang menutup aib saudaranya. Allah akan menutup aibnya di khalayak umum. Begitu juga sebaliknya. Percayalah janji Allah itu pasti.

Kepada yang di umpat dan rasa tersisih kesan dari umpatan-umpatan itu. Usah bersedih buka mata seluas-luasnya. Lihat sekeliling. Percayalah masih ada orang yang baik -baik disekeling anda. Hitunglah rahmat Allah yang tidak terkira kepada anda. Maafkan mereka yang mengumpat anda. Serahkan sahaja kepada Allah sebagai perhitungan.Waahu alam bissawab

Thursday, May 22, 2014

periuk nasik ajaib......

alkisah periuk nasi....


semalam selepas makan malam... keadaaan periuk nasi yang masih ada sudip nasi kat dalam tu.. mestilah dalam keadaan tutup yang tidak sempurna.... masih terletak kat atas peti ais... aku tengok ada seekor cicak atas dinding... bersebelahan periuk nasi tu...

nak galihkan periuk nasi masuk dalam tudung saji... tengah tengah angkat periuk nasi tu.. tiba-tiba seekor cicak melompat keluar dan memanjat kat badan aku...

aku pun terkejut.. menjerit..
 "MMMAAAk CicaaaKk!!" terjatuh periuk nasik tu dengan sudip-sudip sekali....

teringat pesan suami.. dia kata... gunakanlah penyembur serai wangi yang dia dah sediakan ni.. kalau nak halau cicak ke.. lipas ke.....

aku apa lagi selesai membuang nasi ke dalam tong sampah.. emm membazir je.. kalau korang korang nak buat pe dengan nasi bekas cicak makan tu eh?

ok.. sambung balik ayat... setelah selesai mengemas.. aku pun sembur sebatian serai wangi kat dinding dinding dapur... semua satu rumah aku sembur.. kalah macam nak sembur nyamuk jer....

pagi ni.. aku tengok kat dapur tak ada seekor pun cicak yang berkeliaran di dinding dapur..

wah .. amazing.... senyum senyum sendiri pepagi.. he he he....
.............................................................................................................................
dapat ku agak.. semalam tu ada seekor cicak yang kat dinding tu.. dia tengah jaga line.. agaknya punyaa lah menjerit... cakap kat member dalam periuk tu..
 kata "line tak clear.. !!"

tapi yang kat  dalam tu dia syiook sangat baru nak makan tu yang tak hiraukan jeritan kawan dia...

wakakakaa hanya emeginasi aku jer... korang jangan percaya sgt......

Monday, May 5, 2014

Ole-Ole bulan Mei

Assalamualaikum wbt....

Permulaan Entri untuk bulan Mei ni.. mood baik... Nak cerita pasal dapat ole-ole atau buah tangan dari negeri Kelantan...

Ada akak kat tempat kerja ni baru balik kampung di Kelantan.. Daerah apa tak ingat... yang bestnyaa dapat ole-ole buah salak dan buah asam jawa... buah buah ni langsung insyaAllah tak masam..
sedapnyer....


Buah Asam Jawa ni rasa manisnya macam kurma... huhuhu Banyak dia kasi tapi yang sempat di snap ni jerlah.. lain dah kena makan...

Selain dia bawak keropok lekor yang dah goreng... he he he.. rezeki.. 

Alhadullilah rezki bulan Mei... Selain Balik Rumah mertua Mak Abah bekalkan  macam-macam  termasuklah Ubi kayu.. keledek.. daun turi.. kelapa.daun kesum.buah pauh. 
Alhamdullilah rezeki.. semoga kalian Sihat wal afiat... dimurahkan rezeki... 

            Alhadullilah sepanjang 2 hari ni.. apa yang mak abah bekalkan tu la yang jadi lauk saya.. lepas masak sayur lemak Turi dengan keledek .. masak ikan kembung asam pedas.. huhuhu...

P/s: teringat pesanan makmertua dan ibu.. bulan Rejab ni Bulan Banyakkan sedekah... dan istigfar.... 

Wednesday, April 30, 2014

Khasiat Daun Pegaga

       Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu... selalu menjadi bahan utama  dalam menu urab... mahupun pegaga masak lemak cili api.. peh mabeles.. biasa makan ni kalau pergi kedai-kedai makan orang negeri sembilan.. hehehe

tumbuhan ini mudah dibiakkan..
 terutamanya melalui biji benih yang disebarkan oleh burung ataupun melalui angin..
pengalaman sendiri.. dalam pasu bunga ada anak pokok pegaga,
saya pun tak tahu bila masa dia tumbuh..

 dalam pasu tu jugak ada pokok lily rain..
 oh pegaga ke lily rain..
Lily Rain..
ikhsan Mr Google

 last-last saya memilih membiarkan pokok pegaga tumbuh dengan suburnya..
 pokok lily rain tu saya kurangkan dan agih-agihkan tanam kat kampung...

. logiknya.
pokok pegaga boleh dimakan.. pokok lily rain tak ada bukti yang ia selamat untuk dimakan.. adoi dah menceceh panjang pula....

Tumbuhan sekecil ini banyak khasiatnya.. ibu cakap kalau menyusukan anak.. Pokok ni  boleh banyakkan susu badan kalau amalkan pemakanan ulam pegaga secara konsisten dan kuantiti yang kecil... kalau terlebih makan akan memudaratkan..
untuk yang saya pula pernah cuba makan buat ulam.. dia dapat mengurangkan keputihan dan bau pada alat sulit.. huhu.. subhanallah besar sungguh nikmat rezki yang Allah beri..

semasa kat IKM time2 senggang kita orang pergi cari pokok pegaga ni.. ramai-ramai buat masker.. abis satu dorm jadi hulk.. ijau muka nya... tapi selepas dicuci bersih muka.. berseri-seri pula bak bidadari turun ke bumi.. acece.. memuji diri sendiri lah tu... wakakakaa...

banyak khasiat-khasiat yang terkandung.. boleh rujuk kat blog ni.. apa-apapun silalah rujuk pada yang pakar yer... heh hehe

...........................

Soalan Pemahaman. Berdasarkan teks di atas. nyatakan khasiat yang terdapat pada pokok  Pegaga ?

Kajian kes.. Pertama

Setitis air mata orang teraniaya menitis kat bumi.. apabila dia berdoa Allah tidak akan mensia-siakan permohonannya...

kerana orang yang teraniaya termasuk dalam 7 golongan orang-orang yang dimakbulkan doanya...

Berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW. Terdapat 7 Golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah swt.  Golongan tersebut adalah seperti berikut.

Pertama: Doa orang tua kepada anaknya.

Kedua: Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.

ketiga:  Doa orang yang dianiaya.

Keempat: Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Kelima: Doa seorang pemimpin yang adil.

keenam: doa seorang sahabat kepada saudaranya.

ketujuh: Doa anak yang soleh kepada kedua ibu-bapanya......

Bebalik kepada topik untuk entri kali ni.....

Melihat kepada individu A sebagai respondan pertama....
kadang-kadang dalam perjalanan kita sehari-harian.. pernah tak kita rasa tak puas hati kat seseorang...
dan kalau boleh nak hapuskan orang tu dari pandangan mata... mula membuat macam-macam cerita untuk mempengaruhi orang sekeliling untuk membenci individu B...


Melihat kepada individu B sebagai respondan kedua....
Dia dimata aku.. Ok jer.. dia buat kerja.. tak ada curi-curi tulang... bos pun senang hati pada dia....

Melihat kepada individu C dan D sebagai respondan ketiga dan keempat....
Individu C mudah terpengaruh mula bertanya gitu gini kepada pihak atasan mengenai pertuturan buruk individu B seperti yang difitnah Oleh individu A... dan kuat pemahaman tahyulnya..

Individu D pula.. apabila mendengar cerita-cerita yang tak baik terus dia mengadu kepada Individu B...

Ape lagi.. Sedihlah individu B... Pegi kat bilik aku.. mengadu... aku cuma boleh dengar jer.. aku tak boleh nak buat apa-apa. Masing-masing dah umur lingungan 40-an.. aku ni pulak 20-an.. tak kan aku nak cari pasal pula.. nak tambah bahan perasa..... cuma yang aku mampu tu.. setiap kali dia mengadu... aku ajarkan dia doa..
maksudnya doa-doa yang sohih dari ustaz-ustaz...

Nama doa ni doa pelindung dari kecurian.. tapi aku ajarkan dia sebab untuk mohon dia dilindungi Allah... semoga Allah melindungi dia... kadang-kadang nak cakap jugak kat dia. tapi tak pernah terucap.. nanti akan menjadi buruk pulak kesannya. aku kat sini dah lebih 5 tahun.. jadi dah masak dengan perangai masing-masing.. dulu pun aku pernah kena macam induvidu B...


Selain tu aku dengan dia cubalah hafal dan pahamkan satu lagi doa ni...


Selalu jugak cakap dekat individu B.. kalau kita belajar baca doa... dan selawat .. kita macam dah tak ada ruang nak ingat apa yang buruk orang cakap pasal kita.... 
dan kalau kita selawat keatas nabi sekali.. 70 000 malaikat akan berselawat keatas kita.. untung tak kita?....
huhu saja nak gembirakan hati dia....

Dia antara golongan yang dimakbulkan doa.. jadi kena ingat tu.. 


Difikir-fikirkan semula....
kenapa yer macam tu? Adakah berpunca pengaruh-pengaruh Negatif filem-filem.. drama-drama melayu mahupun cerita Sinetron.. telah menjadi bisikan-bisikan jahat meresap kedalam minda separa sedar kita...

Pernah terdengar satu ceramah agama ... ustaz tu sampaikan
"siapa kita nak menilai manusia itu baik ke tidak... kerana semuanya dibawah penilaian Allah swt...
Boleh jadi individu tu ada satu amalan yang Allah redha... dah tentu-tentu syurga baginya....
dan bagaimana kita ?
Adakah Allah redha terhadap kita?"

Sekian.... untuk pemerhatian 2 bulan ini..... aku pulak sejak akhir-akhir ini.. encik suami telah menyuapkan aku dengan pembacaan buku-buku yang perlukan pemikiran yang terbuka mengenai strategi menakluk dunia.. huhu.. kadang-kadang terasa kecil je.. bila dihadapkankan dengan kes kat atas tu... wa Allah Hu Allam.. bis sawab....... Tidak ada daya dan upaya Hanya kepada Allah tempat selalu kami berharap....



Sunday, April 13, 2014

Cara penjagaan Kuali non stick (tidak melekit)

sebelum ini ada seorang sahabat cikgu dari sekolah rendah bercerita pasal penjagaan kuali jenis tak melekit.. masa tu tak ambil serius sangat sebab kuali tak melekit tu pun tak ada.. tapi baru-baru ni.. encik suami dah membelikan kuali non stick... jadi kenalah ambil berat pantang larangnyer....


ikhsan Goggle

Antara pantang larangnya di copi paste dari blog lain ialah...

1.Jangan panaskan kuali non stick yang kosong diatas api. ini akan memusnahkan lapisan non stick kuali tersebut.

2. Jangan keringkan kuali yang basah diatas api. ini bukan kuali cap BUAYA.. Gunakan tisu dapur atau kain kering untuk lapkannya..

3. Jangan gunakan sudip/Sendk besi untuk mengacau lauk/sayur dalam barangan Non-stick. Hanya gunakan sudip/senduk jenis non-stick/kayu untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan non-stick.

4. Jangan terus membasuh barnagan non-stick sebaik sahaja selepas anda siap memasak. ini boleh menghilangkan lapisan non - stick kuali tersebut. basuh kuali apabila ia kembali sejuk.

5. Jangan guna penyental (besi berbulu) untuk membasuh kuali non-stick. Hanya gunakan span lembut.

6. Api yang sederhana sudah memadai untuk memasak menggunakan barangan non stick ini. ini kerana menjimatkan masa dan gas anda...
.....

walau agak banyak juga pantang larangnya yang penting ia.. boleh menjimatkan masa, minyak masak dan gas serta memanjangkan jangka hayat kuali non-stick kita...  he he he best best...

^_^ terima kasih encik suami... ^_^

Wednesday, April 9, 2014

Kenapa Saya Suka Tanam Pokok?


Kenapa saya suka tanam pokok? terutamanya pokok berbau wangi... dan pokok sayur-sayuran

1. sebagai nak tanda pada masa..erk.. ni praktikal untuk pokok-pokok besar macam pokok mangga kot...

2. sebab nak realitikan salah satu dari impian pelik saya....

.3. senang nak dapat sayur-sayur yang segar... pernah sebelum ni.. rasa sedih jer.. pergi kedai tengok pucuk manis yang dah layu tapi masih dijual.. sedangkan kalau kat kampung senang-senang je petik kat tepi rumah..

4. Tambah ilmu pengetahuan tentang pokok-pokok.. dapat berkenalan dengan pokok ajaib....

5. pasti bebas dari racun kimia.

6. tengok tumbuhan hijau.. dapat menyehatkan mata dan badan... =)

 7. Sebab isi masa lapang.. sementara nak tunggu malam... bila malam mudah nak tidur.. heheh

8. dengan menanam pokok-pokok herba... Dapat berdidikari tidak bergantung pada pil-pil supliment semata-mata.. cuba bayangkan kalau kita di uji dengan situasi yang getir... seperti putus duit ke.. jadi kita tak mati kutu... masih panjang akalnyer... huhu hanya imaginasi penulis... Nauzibillah....

9. berpeluang besar untuk bersedekah...

10.akhir sekali sebab saya senang tengok pokok-pokok...