Tuesday, September 28, 2010

Bunga Kantanku SAYANG ..








sabtu
25/09/2010
7.30 am



"Pagi yg gelap kini sudah terang....
Aku kakak mu...
Dan engkau adikku…
jom kita ke pasar..
Temankan aku..
Kita g cari lauk…

lalalalalaaaala.. "



pagi – pagi sabtu. Mengembirakan diri. ini. pergi ke pasar.. uhuhuuuhuu… nak cari sayur.. sebab lukman( adik yang bungsu)  kata teringin nak makan sayur chapcai kebetulan pulak dia tengah demam.. tapi kalau lukman tak kata teringin.. aku pun nak makan jugak sebenarnya… hua huuahua.. saja - saja.. sabtu ahad yang best.. dapat masak memasak .. bagi keluarga cuba rasa.. kalau sedap cakap.. kalau tak sedap diam – diam. ehem ehem. ada pulak mcm tu…?
tengah dok ushar2 sayur dengan Sulaiman  (adik kedua)… tiba – tiba terpandang la.. Bunga Kantan. aduh cantiknya dia... Korang ni tau ker bunga kantan ?…


tergoda dengan silauan..

    
Alah yang buat bahan perasa . penambah selera kalau masak tomyam ke.. keladi masak asam ke. Asam pedas. dan yang paling best asam laksa.. uhuhuuu.. mantaop beb. nanti - nanti kita share resepi yer.  bercerita pasal bunga kantan nie… dia memang pebret aku… uhuhuu.. tengok punya tengok harga semasa.. hu maaak ai.. sekarang sekuntum 80 sen.. mahal gak tu..  Hmm.. dulu 50 sen je..   sungguh pun orang kata bunga ros tu… cantik harum ..  tapi pada aku bunga kantan totap dihati…

memang la.. orang kata.. nak buat pe bubuh bunga kantan bebanyk … nanti terlebih masam..
ehehehhhe.. aku yg masak aku punya suka la… yg penting pastu..dengan bunga – bunga kantan sekali aku makan…. huhuuhuu... 


Bunga kantan kalau sekuntum 80 sen
kira2 je la sendiri..
seikat tu bape harga dia..
  
yumyum... nak mkn bace doa dulu...
               
          




Info dari Wikipedia dan sama waktu dengannya…

Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka .Nama saintifik untuk kantan ialah Phaeomeria speciosa. Ianya dikelaskan dalam keluarga Zingiberaceae, seperti lengkuas dan halia.
Bahagian utama pokok kantan yang digunakan sebagai ulaman dan perasa di dalam masakan adalah bunganya.Kebelakangan ini tanaman kantan telah diusahakan secara komersil kerana populariti dan nilainya di pasaran yang telah meningkat. Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter. Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air. Pokok kantan boleh ditanam dengan menggunakan rizom atau biji benih. Penanaman menggunakan rizom adalah lebih popular, kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan biji benih. Sekiranya biji benih kantan digunakan untuk penanaman, pertumbuhannya agak lambat dan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil iaitu kira kira dua tahun. Oleh itu, penanaman kantan menggunakan biji benih adalah tidak digalakkan kecuali untuk tujuan pembiakbakaan. Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan. Kegunaan pokok kantan yang lain termasuk:
·        
B        Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak
·         Buah - menambah selera makan
·         Ubi - perisa dalam makanan
·         Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga
·         Biji - mengubati sakit telinga




                                                                        



                                                      









30/09/2010
.. info terkini - alhamdullilah.. uhuhuhu.. pokok bunga kantan ku sudah berbunga... terasa berbunga2 di hati ini...




p/s .. dah tanam pokok kantan kat rumah tapi kenapa sampai sekarang tak berbunga – bunga.. pokok jantan ker yang aku tanam tu ?… atau kurang baja… ?

No comments:

Post a Comment