Tajuk ucapan : Bekerja sebagai Ibadah
bilangan ahli dewan : 80 lebih orang
Tarikh : 8/8/2009
Tempoh masa : 5-10 minit
Tempoh masa : 5-10 minit
Cantik Manis si gadis jelita,
Terpanar hatinya si jejaka tampan.
Assalamualikum dan selamat sejahtera,
Lafaz Bismillah saya mulakan.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara pengerusi Majlis.
Yang berbahagia En. Mohd Hafiz Bin Abas selaku penceramah undangan kita
pada pagi ini.
Yang berusaha Barisan urusetia,
Yang saya Hormati Penghulu , dan Penghulu wati, Serta rakan sekursus
yang saya kasihi sekalian.
Sebelum kata meneruskan bicara,
Sebelum lagu menjadi irama,
Izinkan saya untuk memperkenalkan diri.
Nama diberi Nur Hafsah Binti Omar, Berkhidmat sebagai Juruteknik
Komputer di Pusat Kegiatan Guru Bandar Renggam.
Berdirinya saya disini untuk menyampaikan Pengucapan awam yang bertajuk
“berkerja sebagai satu ibadah”
Sidang Hadirin yang dirahmati
Allah sekalian.
Siapa pun kita, tanggunjawab kita tetap sama, saling mengingatkan satu
sama lain. Sebelum saya mengulas lebih
lanjut tentang bekerja sebagai satu ibadah. Marilah kita fahami pengertian
“kerja” menurut kamus dewan ia menjelaskan maksud sebarnag perbuatan atau
kelakuan. Manakala mengikut syarak pula sebarang perbuatan atau kelakuan sama
ada yang disuruh oleh syarak atau menjadi
larangan dalam syarak.
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian.
Ibadat membawa maksud pengabdian
diri kepada Allah dalam segala bentuk amalan. Segala aspek kehidupan manusia
menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah.
Hukum Ibadah merangkumi amalan wajib, sunat, makruh dan haram.
Sidang Hadirin yang dirahmati
Allah sekalian.
Setelah kita maklum pengertian
kerja dan ibadah. Maka Apa pula hubungkaitnya antara pekerjaan dan ibadah.
Pekerjaan disertakan dengan ibadah akan mendapat ganjaran bukan sahaja didunia.
Tetapi merangkumi ganjaran ke ahirat jua. Namun jika hanya pekerjaan
semata-mata ia hanya mendapat ganjaran didunia dan menjadi adat semata-mata. Bila ada ganjaran ada tangungjawabnya oleh itu setiap pekerjaan
yang kita lakukan didunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Sidang Hadirin yang dirahmati
Allah sekalian.
Agama Islam sendiri menggalakkan
penganutnya berkerja sebagai sumber mencari rezeki. Apa pula syarat-syarat
setiap pekerjaan yang kita lakukan ini akan menjadi ibadah.
Disini saya akan berkongsi serba
sedikit ilmu antaranya
- Pekerjaan
itu mestilah pekerjaan yang dibenarkan oleh syarak.
- Hendaklah
dengan niat yang baik dan iklas kerana Allah taala. ( Teringat akan kata-kata ahli ibadat, Ibnu Ataillah bahawa amalan
bagaikan gambaran kerangka sesuatu dan semangatnya adalah ikhlas, tanpa
ikhlas sesuatu amalan tidak akan diterima oleh Allah walaupun ia begitu bergemerlapan
dan hebat kelihatannya.)
- Melakukan
dengan bersungguh-sungguh dan sebaik munkin.
Barang siapa
mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,
maka sesungguhnya akan kami berikan balasan yang lebih baik dari apa yang
mereka kerjakan.
Surah An-Nahl ayat 97
- Menjaga
batas larangan Allah swt dan menghormati dasar-dasar akhlak dengan tidak
melakukan kezaliman. Pengkhianatan, penipuan, melampaui hak orang lain
termasuk penyalah gunaan harta dan kuasa.
- Pekerjaan
yang dilakukan tidak menghalang pekerjanya daripada menunaikan kewajipan
kepada Allah sbt.
Sidang Hadirin yang dirahmati
Allah sekalian
Sebagai rumusan, Islam itu agama
yang indah. Bertepatan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Akhir kalam.
Ilmu tanpa amal itu sia-sia, amal tanpa ilmu itu gila..
Sekian. Wabillahitaufi walhidayah
wasalamualaikum wbt.
P/s: rujuk disini untuk pengucapan awam yang berkesan.
P/s: rujuk disini untuk pengucapan awam yang berkesan.
manisnya...
ReplyDelete(^_^')
Deleteassalamualaikum maaf saya nak betul kan sedikit, point ke-3 satu potongan dari ayat al-quran, ia adalah ayat 97 surah An-Nahl bukan ayat 91 ^-^ #cubamembetulkandirijuga
ReplyDeleteterima kasih Nor Diyana.. Alhamdullilah .. ada jugak yang sudi semakkan... terima kasih.. terima kasih
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete