Monday, April 8, 2013

Pengucapan awam


Tajuk ucapan : Bekerja sebagai Ibadah
bilangan ahli dewan : 80 lebih orang
Tarikh : 8/8/2009
Tempoh masa : 5-10 minit



Cantik Manis si gadis jelita,
Terpanar hatinya si jejaka tampan.
Assalamualikum dan selamat sejahtera,
Lafaz Bismillah saya mulakan.


Terima kasih diucapkan kepada Saudara pengerusi Majlis.

Yang berbahagia En. Mohd Hafiz Bin Abas selaku penceramah undangan kita pada pagi ini.

Yang berusaha Barisan urusetia,

Yang saya Hormati Penghulu , dan Penghulu wati, Serta rakan sekursus yang saya kasihi sekalian.

Sebelum kata meneruskan bicara,
Sebelum lagu menjadi irama,

Izinkan saya untuk memperkenalkan diri.

Nama diberi Nur Hafsah Binti Omar, Berkhidmat sebagai Juruteknik Komputer di Pusat Kegiatan Guru Bandar Renggam.

Berdirinya saya disini untuk menyampaikan Pengucapan awam yang bertajuk “berkerja sebagai satu  ibadah”

Sidang Hadirin yang  dirahmati Allah sekalian.

Siapa pun kita, tanggunjawab kita tetap sama, saling mengingatkan satu sama lain.  Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang bekerja sebagai satu ibadah. Marilah kita fahami pengertian “kerja” menurut kamus dewan ia menjelaskan maksud sebarnag perbuatan atau kelakuan. Manakala mengikut syarak pula sebarang perbuatan atau kelakuan sama ada yang disuruh oleh syarak atau  menjadi larangan dalam syarak.

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian.

Ibadat membawa maksud pengabdian diri kepada Allah dalam segala bentuk amalan. Segala aspek kehidupan manusia menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah.  Hukum Ibadah merangkumi amalan wajib, sunat, makruh dan haram.

Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Setelah kita maklum pengertian kerja dan ibadah. Maka Apa pula hubungkaitnya antara pekerjaan dan ibadah. Pekerjaan disertakan dengan ibadah akan mendapat ganjaran bukan sahaja didunia. Tetapi merangkumi ganjaran ke ahirat jua. Namun jika hanya pekerjaan semata-mata ia hanya mendapat ganjaran didunia dan menjadi adat semata-mata.  Bila ada ganjaran  ada tangungjawabnya oleh itu setiap pekerjaan yang kita lakukan didunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Agama Islam sendiri menggalakkan penganutnya berkerja sebagai sumber mencari rezeki. Apa pula syarat-syarat setiap pekerjaan yang kita lakukan ini akan menjadi ibadah.

Disini saya akan berkongsi serba sedikit ilmu antaranya
  1. Pekerjaan itu mestilah pekerjaan yang dibenarkan oleh syarak.
  2. Hendaklah dengan niat yang baik dan iklas kerana Allah taala. ( Teringat akan kata-kata ahli ibadat, Ibnu Ataillah bahawa amalan bagaikan gambaran kerangka sesuatu dan semangatnya adalah ikhlas, tanpa ikhlas sesuatu amalan tidak akan diterima oleh Allah walaupun ia begitu bergemerlapan dan hebat kelihatannya.)
  3. Melakukan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik munkin.
Barang siapa mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.
                                                                            Surah An-Nahl ayat 97

  1. Menjaga batas larangan Allah swt dan menghormati dasar-dasar akhlak dengan tidak melakukan kezaliman. Pengkhianatan, penipuan, melampaui hak orang lain termasuk penyalah gunaan harta dan kuasa.
  2. Pekerjaan yang dilakukan tidak menghalang pekerjanya daripada menunaikan kewajipan kepada Allah sbt.
Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian
Sebagai rumusan, Islam itu agama yang indah. Bertepatan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Akhir kalam. Ilmu tanpa amal itu sia-sia, amal tanpa ilmu itu gila..
Sekian. Wabillahitaufi walhidayah wasalamualaikum wbt.

P/s: rujuk disini untuk pengucapan awam yang berkesan.

5 comments:

  1. assalamualaikum maaf saya nak betul kan sedikit, point ke-3 satu potongan dari ayat al-quran, ia adalah ayat 97 surah An-Nahl bukan ayat 91 ^-^ #cubamembetulkandirijuga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nor Diyana.. Alhamdullilah .. ada jugak yang sudi semakkan... terima kasih.. terima kasih

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete