Thursday, February 7, 2019

5 TIP MEMPELAJARI ILMU YANG BERKESAN KETIKA BERKURSUS ONLINE JENIS BERBAYAR


Zaman dunia semakin canggih ni, banyak tawaran-tawaran memantapkan skill sebagai contoh perasan tak seperti iklan “Jom sertai  Kursus Online buat duit dengan menulis bla bbla bal” atau “Belajar tentang Sistem pengurusan bla.. bla blaa”

di sini dilampirkan antara tip-tip supaya buat panduan ..


5 TIP MEMPELAJARI ILMU KETIKA BERKURSUS ONLINE YANG JENIS BERBAYAR.


1.       Pastikan kaji siapa yang menjadi mentor anda. Reputasinya, bagaimana. Semak Profil FB, kerjayanya, laman webnya.. 


2.       Sebelum hendak mengikuti kursus buat persiapan dengan mengumpulkan info-info asas berkaitan kursus.



3.       Pastikan taraf pendidikan kita yang diperlukan untuk menguasai apa yang hendak di sampaikan. Kadang kita ni SPM Je. pointnya jangan percaya pada iklan jika dia kata

 "Terbuka untuk semua, penganggur, suri rumah and so on". 

     Tapi apabila kelas online bermula, mentor coaching anggap kita ada master dalam bidang berkaitan. mula la keluar segala tok nenek teori-teori yang boleh katakan kali pertama didengar. sebut teori yang berjela juga tanpa penjelasan.
   
      Namun sedarlah wahai mentor. Jika anak murid mu ini sudah pandai tak perlulah dia menyerahkan duit, masa dan perhatian  kepada encik atau puan mentor untuk belajar sesuatu. 

4.       Pastikan hari kejadian anda benar-benar free dari apa-apa ganguan. Memanglah nama online dan katanya bila-bila masa. Tapi masa itu emas. Buat tugasan demi tugasan seperti yang di arahkan.  Jika ada persoalan tanya,  Jika kita dah terlepas due date ingat mentor ada masa ke nak layankan kita ni. 

   Silap hari bulan dia kata 

“awak boleh google je ilmu sekian-sekian.”



    Dan anak murid pun terdetik dalam hati, 

   "saya bayar cikgu untuk dapatkan jawapan dengan tekan butang google sahaja? kalau macam tu kursus cikgu yang lain-lain saya tidak recomended pada rakan-rakan yang lain. sebabnya kami boleh google"

5.       Jangan percaya pada apa yang ditawarkan sahaja, kadang itu Cuma janji manis nak tarik anda untuk mengikut kursus. Semak semula apa yang dijanjikan. 
     
     Contoh kata dapat 4 buah e-book , 2 app percuma. Mesti dapat sama seperti yang dijanjikan. Ada ke patut boleh pilih-pilih kasih. Mentang-mentang peserta lagi seorang sudah siap testimoni. Dia yang dapat lebih. 

Persoalnya semua orang bayar sama kan. 

   Abistu yang tak dapat tu boleh tuntut di akhirat kah?

  Bagi sahajalah sama rata, sekurang-kurang orang yang lambat 'tangkap' ilmu ni dia masih berlatih tatih tatih lagi.  Sedangkan awak mentor berapa tahun nak capai tahap yang awak ada sekarang ?

6.       Akhir sekali, sedarlah dengan hakikat ini.




    Didoakan semoga tuan puan beroleh manfaat dari perkongsian ini.

P/S : Setakat ni penulis tiada masalah dengan kursus-kursus online dari EPSA kerana sangat fleksibel, percuma dan sijil laku untuk SPLKPM. 

No comments:

Post a Comment