Wednesday, January 30, 2019

Kisah printer Brother DCP 130

Kisahnya bermula apabila aku dapat kumpul-kumpul duit untuk membeli sebuah printer 4 dalam 1. harga masa tu sekitar tahun 2007 RM 130.  ketika tu belajar di IKM Sik.. ujung minggu hari sabtu.. member lain sibuk berdating.. aku ditemani rina.. pergi ke Sungai Petani... tahu tak perjalanan dari sik ke sungai petani tu memertukan pertukaran 2 kali kenderaan.. tapi atas dasar nekad.. pergi jer...



kedainya punyalah jauh jugak dari stesen bas tu.. jadi kena menapak dari stesen bas sungai petani ke kedai komputer yang di tuju... bila dah beli tu.. biasalah nak mengangutnya boleh tahan berat dan besar jugak....

yang tak tahan dari pagar depan IKM nak masuk ke hostel tu.. mengangkut Printer.. ada pelatih lelaki tegur.. wah bawak tv ke tu.. aku cuma sengih jer....

bila duduk asrama ni.. terutamanya time asigment... printer ni sangat berguna... bukan tak ada perkhidmatan mencetak di sini. tapi masa tu harganya agak mahal. jadi selain lepas untuk diri sendiri.. aku pun ada jugak la tolong-tolong member.. sape yang nak cetak asigment tu.. kadang-kadang 3 malam aku boleh kumpul rm 150. hasil dari cetakan tu...

tapi ada faktor lain yang perlu diambil kira.. kalau nak berniaga print.. ni.. terutamanya kekebalan menangani virus.
faham-fahamlah bila sudah macam-macam kursus mahupun jabatan yang masuk.. mahu penternak virus yang berjaya jadinya...
dan pernah tu.. komputer riba aku sendiri.. jadi Hang terpadam-padam sistemnya.. haa tulah faktor risikonya...

tapi lain-lain tu tiada... dari ikm.. sampai ke KKTM Petaling Jaya.. aku bawa printer ni.. kali akhir aku bawak ke tempat kerja...

dan dia sudah menjadi tidak bberfungsi pada tahun 2009.... sungguh banyak kenangan bersama.. dan kini pada tahun 2014.. aku berhasrat untuk memberikan kepada seorang pakcik.. untuk dia jualkan saja ke kedai kitar semula... munkin ramai yang tak bersetuju dengan aku..

tapi cukupla.. dah lama aku simpan dia... huhuhu... sekian.. catatan....



No comments:

Post a Comment