Tuesday, December 4, 2018

Daun serum mandian

🌿🌿 Daun serum Mandian 🌿🌿

Dah lama sebenarnya , rasa nak kongsi berkenaan serum mandian.

Daun Serum mandian ini bertujuan untuk menyegarkan badan dan menghilangkan keletihan, ia juga dapat mewangikan  badan terutama dengan khasiat daunan alam di sekeliling kita.



  🌿daun Serum mandian ni sesuai buat mandi bagi

1. 🌹orang yang dalam pantang bersalin.

2.🌹Bagi orang biasa seminggu sekali.

3. 🌹Selepas habis kering haid.

Antara isi kandungan daunan yang ada.

1 daun serai kayu.
2. Daun serai wangi.
3. Daun sireh.
4. Daun pandan.
5. Daun senduduk .
6. Daun bebuas.
7. Daun mengkudu.
8. Daun inai.
9. Daun lempoyang.
10. Daun bonglai.
11. Sedikit halba.
12. Buah manjakani.
13. Buah limau purut/ limau nipis
14. Asam keping
15. Sedikit garam kasar

Basuh daun-daun dengan bersih. Untuk elakkan serangga dan  ulat bulu..

Rebus kesemua bahan hingga naik bau.

 Boleh di buat mandi untuk selepas mandi bersabun.

P/s : 1.Rebusan ini boleh di ulang-ulang rebus sehingga hilang bau..

2. Jika tidak dapat banyak daun seperti yang di senaraikan. Yang paling asas mesti ada daun serai wangi. Pun dah ok.

3. Asal petua ni dapat dari mak admin dia selalu buat air rebusan serai wangi untuk mandi katanya ubat kalau lenguh-lenguh badan...

Jadi setelah admin google dan kaji rupanya orang di luar sana memanggilnya air mandian serum daun.. ok bolehlah... admin tambah-tambah daun...

No comments:

Post a Comment