Wednesday, April 10, 2013

Adil

adil... adil .. adil .. itu adil ini...



hari ini membaca post dari pagi tadi mengenai adil.. termasuklah nama adik Adli Hakim yang menjadi mangsa buli disekolah... beliau dibelasah oleh sekumpulan pelajar didalam kelas...

hari ini membaca post dari cik puan Azzah.. juga bercerita tentang adil ..... Begini ceritanya

" Semasa kecil, di sekolah, Bediuzzaman Said Nursi yang lebih muda daripada pelajar lain pernah dibelasah oleh empat pelajar dek cemburu dengan kepintaran dan pujian guru terhadapnya.

Beliau melayan tetapi kalah juga kerana mereka ramai dan beliau pula bertubuh kecil. Lalu Said Nursi pergi memberitahu tuan guru, " Hari ini saya berkelahi dengan empat orang, sudah tentu saya kalah. Mohon tuan guru beritahu mereka, jangan ganggu saya secara berempat. Saya sanggup menghadapi mereka sekiranya datang secara berdua."

Permintaan yang aneh daripada ulama hebat ini. Tidak diminta pembuli itu dihukum, dan tidak juga beliu memanggil geng untuk membalas dan menyelamatkan diri. Beliau hanya mahu adil".

10 April 2013

No comments:

Post a Comment