Tuesday, June 16, 2020

Bagaimana Sejarah BLINK bermula ?


Bismillahirrahmanirrohim

Hari ni dapat satu  perkongsian istimewa dari CEO Syarikat Blink. semoga menjadi pendorong semangat kepada kita untuk lebih berusah di masa-masa akan datang.

Ini saya coretkan sejarah ringkas, bagaimana ia bermula.


USAHAWAN BUKU

Saya tidak ada niat mahu menjadi usahawan buku. Saya membuka syarikat pertama kali tahun 2001 sebagai usahawan industri Telekomunikasi sebagai Mobile Content Entrepreneur.

Sejarahnya. Tahun 2005 saya ke KOREA untuk Expo Mobile Content, ia tempat berkumpulnya kebanyakan syarikat mobile content seluruh dunia. Saya dapati belum ada yang membangunkan aplikasi Mobile Book, cuma Jepun sudah mula buat novel ala blog yang boleh dibaca dalam telefon tetapi bukan aplikasi.

Tahun yang sama, saya diminta oleh pegawai MDEC masuk pitch merebut RM50K duit grant dari MDEC kerana mereka kurang penyertaan untuk sesi mobile content. Sebagai bidan terjun, saya terus terfikirkan tentang mobile book.

Saya membangunkan aplikasi 'mobile book' pertama di Malaysia selepas memenangi duit GRANT RM50K daripada MDEC. Berkemungkinan ia adalah aplikasi mobile book pertama di dunia kerana US dan UK ketika itu baru hendak bermula dalam industri mobile content.

Bermulalah misi saya mencari penulis untuk aplikasi mobile book. Sukarnya saya memahamkan penulis tentang konsep mobile book, tidak ramai yang mahu sertai. 


Nasib baik awek, (waktu itu bertunang dengan Ain Maisarah) sanggup menulis dengan bayaran RM200 bagi 14 muka surat (ini adalah idea terhasilnya novel comel).

Salah satu novel mobile book berjudul Aku Mahu Popular berjaya mendapat download tertinggi. Kami tukarkan menjadi buku fizikal melalui kerjasama dengan syarikat penerbitan PTS, hujung tahun 2007.

Selang 2 tahun, kami dijemput ke sekolah memberikan ucapan. Pantang saya lihat peluang, kami minta buka meja pameran buku. Berjual buku di sekolah. Itulah gambar meja pameran pertama kami di SMK Raja Zarina.

Saya lihat semula entri blog tahun 2009. Pada hari pertama saya pulang dari sekolah tersebut, saya sudah umumkan PROGRAM JELAJAH SEKOLAH AIN MAISARAH. Usahawan mesti bertindak cepat apabila datang peluang. Cepat lebih penting dari betul.



2011, kami buka syarikat penerbitan BLINK BOOK SDN BHD. Tahun seterusnya 2012, kami buka syarikat trading buku, BLINK TRADING SDN BHD bagi urusan edaran dan jualan buku ke sekolah-sekolah. 

Setiap tahun kami pergi ke 1000 buah sekolah, berprogram dan berjual buku. Secara kasar sudah mempromosikan mempromosikan buku BLINK kepada 2 juta pelajar seluruh Malaysia. Buku terbitan kami telah mencecah 180 judul pada awal tahun 2020.

Cepatnya masa berlaku. Tahun ini, berlaku perubahan dalam industri buku. BLINK berubah lagi. 

Kini saya menguruskan jualan atas talian, saya memilih kaedah DROPSHIP. Alhamdullilah, dalam masa yang singkat kita berjaya membangunkan usahasama ini yang berkembang dengan stabil dan baik. 

Begitulah serba sedikit kisah permulaan kami dalam industri buku. Tuan puan juga secara tidak langsung sudah menjadi USAHAWAN BUKU. Mungkin tidak pernah terfikir akan jual buku, tetapi Allah SWT telah membuka hati, membuka jalan, dan membuka pintu rezeki di sini. Ia telah ditakdirkan. Maka marilah kita sama-sama bersungguh-sungguh menjayakannya hingga tercapai cita-cita kita melalui jalan ini.

Semoga kita dapat berkongsi rezeki, menambah pahala, tingkatkan bayaran zakat dalam menjayakan usahasama ini. 

Amin. Amin. Amin.
PENGURUS EDB
SYAIZUL AMAL


p/s : Alhamdullilah dan di sinilah saya bermula juga mendapat peluang menjadi ejen jualan buku-buku Blink. jika mahu tengok katalog terkini boleh ke link ini : 

Shopee : Afsyanur


Afsyanur Bookstore

Afsyanur Bookstore

Afsyanur Bookstore


No comments:

Post a Comment