Thursday, December 6, 2018

Review Book : BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL DARIPADA BESAR AKHIRNYA BUBAR



Tajuk Buku: BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL DARIPADA 

BESAR AKHIRNYA BUBAR

Pengarang: DR. RUSLY ABDULLAH

Tahun diterbitkan: 2005

Diterbitkan oleh: AL-AMEEN SERVE HOLDING

Bilangan Muka surat : 238





Sinopsis Buku Yang Dibaca: 


                BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL DARIPADA BESAR AKHIRNYA BUBAR – Buku ini mengupas maksud pepatah, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Kata orang biar kecil asalkan berhasil, dari cakap yang gah akhirnya punah. Memaparkan tentang kisah-kisah santai teladan pahit manis pengusaha / penjaja yang berniaga kecil-kecilan. Bermula dengan modal yang ada di tangan berusaha sehingga mampu menjadi salah seorang jutawan senyap.


         Bermula dengan bab satu diperkenalkan dengan watak Kiai Muhidin Hamdi, " Biar Kecil asalkan berhasil daripada besar akhirnya bubar" Inilah antara pesanan Kiai , Guru yang membimbing penulis dalam menempuh jalan keushawanan dengan prinsip yang unik sejak sedekad yang lalu. ilmunya tidak ditemui dalam mana-mana buku teks dalam apa jua bahasa pun.

         Taktik dan teknik keusahawanan Pak Kiai juga tidak diajar di mana-mana kolej atau Universiti. Strategi kewangan pak kiai tidak terkandung dalam disiplin ilmiah konvensional. Ianya unik, unggul, praktikal dan mendahului masa, ia sukar difahami dengan persepsi kasar. ia harus diperhalusi dengan mata nurani atau mata hati. 

      Pak kiai mengamalkan disiplin perniagaan yang bertunjangkan hakikat kemanusiaan dan ketuhanan. Perniagaannya menggabungkan dua kekuatan iaitu kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Strategi pemasaran "vertical' dan "horizontal" ysng diajarkan oleh pak kiai kepada penuis amat berkesan.

               Ini diperkuatkan lagi dengan tekad dan kefahaman bahawa sesuatu perniagaan itu mesti " Merdeka". Peniagaaan Harus bebas daripada sebarang unsur pergantungan yang tidak adil kepada pihak lain. Sebagai pengusaha kita juga mesti menjadi penguasa kepada perniagaan kita sebelum, semsa dan selepas aktiviti berniaga. Ramai usahawanan yang begitu gharah hendak membesarkan perniagaanya sanggup meminjam dan bergolok gadai

           Akhirnya pinjaman itulah yang meleburkan penguasaan terhadap perniagaan kita sendriri. Pinjaman ini menjadi racun yang membunuh perniagaan kia dari dalam hinnga ke akar umbinya. Hanya ada satu tempat sahaja di mana beliau meminta-minta, merayu-rayu dan mengadu-ngadu , anda semua tentu tahu .. iaitu kepada Allah swt sahaja. 
           
              Antara intipati yang menarik untuk dikongsi ialah pertama seorang penjaja produk yang berjaya seharusnya mengamalkan prinsip 4K iaitu kiraan harian. Kiraan harian merangkumi tahu kos bahan bagi setiap unit produk jajannya. Tahu margin keuntungan kasar. Tahu kos-kos lain berkaitan operasi  jajaannya. Tahu menentukan berapakah sasaran jualan (target sales) setiap kali turun menjaja.

              
               Prinsip 4K yang kedua adalah Konsep pemasaran. Konsep 4K yang ketiga pula komunikasi pelanggan, ia dapat mewujudkan hubungan yang menguntungkan kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang.

            Prinsip 4K yang seterusnya ialah kualiti khidmat  dan Produk, penjaja hendaklah sentiasa berusaha mempertingkatkan dan mengekalkan kualiti kedua-dua jenis produknya iaitu produk ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Kualiti yang tidak konsisten akan menjejaskan perniagaan untuk jangka panjang.

                     Selain itu dikongsikan juga apabila mendapat keuntungan kasar (iaitu pendapatan selepas diasingkan modal perniagaan) dari perniagaan harian itu pula di sarankan agar dipecahkan sekurang-kurangnya kepada 6 tabungan  tabungan yang pertama 1/7 tabungan untuk dilupakan. Tabungan kedua 1/7 tabungan untuk dilupakan. Tabungan ketiga 1/7 tabungan untuk kegunaan sendiri. Tabungan ketiaga adalah 2/7 tabungan untuk kegunaan keluarga.


              Tabungan yang keempat pula 1/7 tabung pelaburan semula/ membesarkan perniagaan. Tabung kelima 1/7 tabung sebagai peruntukan melunaskan hutang. Manakala tabung keenam pula merupakan 1/7 tabung diperuntukan untuk kebajikan zakat dan infaq. 

Manfaat / pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:

1.    Jika hendak memulai sesuatu perniagaan tidak memerlukan modal yang besar sehingga berhutang melebihi kemampuan.

2.    Kesihatan akal fikiran jasmani dan rohani merupakan modal yang terbesar bagi seorang usahawan.

3.    Carilah  ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan perniagaan yang hendak diceburi.

4.    Elakkan menceburi skim-skim cepat kaya.

      5.  Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah swt .




Serba sedikit tentang penulis.




Dr Rusly Abdullah PhD, PJK atau Chef Li berpengalaman sebagai Pengurus Bank dan Peniaga Pasar Mlam sebelum mengasaskan Institut Kulinari Anjung Utara. beliau kerap mengendalikan kursus keusahawan. Pada 2004 beliau di pilih sebagai Presiden Asia Pacific Culinary Art Foundation (ASPACAF)



No comments:

Post a Comment