Bismillahhirrahmanirrahim...
Entri kali ini. nak bercerita tentang seekor kucing....
kucing ini.. tidak ada apa kelebihannya berbanding kucing yang lain-lainnya.
cuma istimewanya dia.. ada banyak nama...
aku panggil dia "putih".. sebab warna dia "putih".. tapi ibu melarang.. takut nanti jiran sebelah marah.. menyangkanya memanggil "kucing" dia juga.. kerana nama kucing dia "putih"...
Ayah panggil dia "kuning" sebab mata dia warna kuning...
Ibu pulak panggil dia "Bismillahhirrahmanirrahim"... maak ai.. panjangnya nama dia....
adik lelaki pulak panggil dia nama "Shiro" Sembena nama anak anjing Shin Chan.. cerita animasi jepun.. alahai pengaruhnyer kuat....
Jiran sebelah yang tak berapa nak suka dia panggil dia "pochong".. alahai keciannya dia.. apalah salah dia....
dia dijumpai semasa petang-petang bulan ramadhan dibawah pokok. ibu jumpa dia masa balik kerja.
meskipun di kurung di rumah. pernah sekali dia terlepas dari rumah.
kami sekeluarga redha lah atas pemergiaannya.....
tapi tak sangka.. adik kedua jumpa pulak dia terpinga-pinga bawah pokok di kampung. lalu dibawa balik semula...
walaupun dia suka gigit orang... suka kejar kaki orang nak gigit....
tapi sangat berjasa kepada kami sekeluarga..
menurut adik.. dia berjaya menangkap seekor anak ular senduk yang keluar dari celah tandas....
ibu pulak cakap dia pernah menangkap seekor lipan dirumah.
kalau korang tanya pengalaman aku sendiri....
dia jugak pernah menyelamatkan aku dari di sengat lipan..
dalam bulan 12 tahun 2013 ketika asyik lepak-lepak membongkang tengok tv.. sebenarnya aku tak sedar ada seekor lipan sedang mengejar aku...
tapi kucing ni.. nampak lipan tu dia tangkap dulu.. dia lambung-lambung lipan tu...
bukan main terkejut masa tu.. mujur adik lelaki aku cepat-cepat pukul lipan tu.....
Alhamdullilah... sekian catatan untuk si kucing yang banyak berjasa selain namanya juga banyak......
Wednesday, January 1, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment