Monday, August 12, 2013
Siapa wanita yang paling cantik ?
1. Siapa pun yang bernama wanita pasti mahu di pandang cantik dan indah.. buktinya banyak produk-produk kosmetik, makanan tambahan, kelas-kelas fitnes kecergasan di pasaran yang laris rating jualannya. Kecantikan fizikal boleh diamalkan dengan pengambilan makanan yang seimbang, faktor kekemasan dan kebersihan dalam penampilan dan sentiasa bersenam untuk memastikan kecergasan fizikal.
2. Namun kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada' dan kadar. Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah berikan. Disamping tidak putus asa berusaha mencapai mampu.
3. Dia tidak akan menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, Tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, Sentiasa berusaha dan bersangka baik sesama manusia.
4. Dia bijak mengendalikan pengurusan kewangan, Sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru agar tidak ditipu oleh kejahatan yang menipu daya.
5. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung disebaliknya. katakan selalu begini jika diduga:
" Sesunggahnya Allah tidak menjadikan ia sesuatu yang sia-sia"
5."ya.. saya tahu.. memang senang nak menulis begitu dan begini.". namun hakikatnya apa-apa jua prinsip pun akan teruji.bersabarlah dan berdoa...
Teringat pengalaman peribadi penulis semasa berumur 11 tahun. Ayah pernah menyampaikan satu hadis kepada saya..memandangkan cuma saya seorang sahaja satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
hadisnya begini...
"Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: " Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.' (riwayat)
dan itulah yang pertama dan terakhir barangkali pesanan ayah itu.tapi saya tetap ingat dan ingat sehingga sekarang.
6.Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah,ikhlas dan redha, cekap mengendalikan emosi maka dialah yang paling cantik dan indah di pandangan manusia, dan semestinya Allah s.w.t
Sungguh pun cantik dan manis itu subjektif. Namun indahnya pantun melayu itu sendiri mendefinisikan makna cantik...
Yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa...
Semoga kecantikan yang kita miliki tidak luput dek usia, tidak sekadar dipuja-puja sewaktu belia remaja... tetapi tetap utuh. tidak lekang dek zaman... seperti kecantikan yang kita selalu dengar dari cerita serikandi-serikandi islam.. dalam menegakkan syiar islam. Khadijah r.a melukiskan kecantikannya melalui kesetiaan, Aisyah R.a melukiskan kecantikannya dalam kecerdasan, Maryam melukiskan kecantikkannya dalam kesucian, Asiyah melukiskan kecantikkannya dalam ketawakalan, dan Fatimah Azzahra melukiskan kecantikannya dalam kesabaran.
Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar !
Sekian. Salam aidil fitri. Maaf Zahir dan batin. 5 Syawal 1434 hijrah.
p/s :Alhamdullilah Allah yang mendorongkan saya untuk mengulas dan menukilkan dari versi yang pertama... bukan nak menunjuk-nunjuk yang penulis ini seorang yang baik.. tetapi atas rasa tangungjawab menyampaikan perkara kebaikan.. insyaAllah semoga bermanfaat ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment