Wednesday, June 19, 2013
Sungai chepir
2007
hujung-hujung minggu ketika di IKM Sik... pernah suatu hari tu kami di ajak oleh Zetti untuk bermalam di rumah dia... Aku , Zalikha dan Atika.. apalagi ibarat orang mengantuk disorong bantal...
rasanya rumah Zetti ni kat kawasan sungai Chepir..
masih lagi di kawasan sik.
hari jumaat dan sabtu merupakan hari cuti di kedah. pagi-pagi lagi pada pukul 7.30 pagi la kiranya.... kami minta izin dekat mak Zetti untuk ambil angin kat luar...
Jalan-Jalan punya Jalan... jumpa la sebatang sungai.. memang awal lagi kami dah diberitahu Zetti yang kat kawasan rumah dia ada sungai...
mula-mula niat nak santai-santai.. tapi tengok si Atikah dah masuk dalam air.. apa lagi.. aku pun rasa nak terjun jugak la... Zalikha cuma rendam-rendam kaki.. peh sejuknyer air ni..
tengok-tengok kat celah-celah batu... ada anak-anak udang.. bukan main seronok lagi 3 dara ni menyelam dalam sungai... bergurau gurau... samapai dekat pukul 11 pagi pun dah tak perasan.. mana nak perasan tak bawa jam...
huu tengah seronok-seronok aku bergurau-gurau.. di gigi air.. ada daun pandan rasanya.. bekas masak nasik lemak... hmm
pastu kan... tiba-tiba jer ada pampers budak dan seberkas palstik sampah terapung-apung kat air.. pe lagi.. cakap dekat Atika dan Zalikha.. dah2 jom naik-naik.. sungai ni dah tercemar...
heeehe dah berendam lama baru nak perasan yang sungai tu tak berapa bersih sebenarnya....
Nasib Badan.. tak ada sebarang jangkitan penyakit kulit... Alhamdullilah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Huhu...aku fobia ngan air yg dalam :-p btw, zetti eh, bukan azi ke?
ReplyDeletelupa la.. Azi pun azie.. la.. akan di betulkan ..... mekasih yer
ReplyDelete