Wednesday, September 19, 2012

Perkongsian Ilmu : Surah Insyirah



* p/s : Serba sedikit perkongsian ilmu pada 5/5/2012 diharapkan dapat memberikan manfaat terutamanya kepada diri saya sendiri. sekian.. (^_^) * 


Assalamualaikum Wbt.

Sekalung budi sejambak kasih  saya ucapkan kepada tuan  pengerusi majlis Encik Abd. Rahim bin Suhud selaku penghulu PKG daerah Kluang bagi tahun 2012, yang dihormati barisan ketua-ketua PKG daerah Kluang, barisan  pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 PKG Daerah Kluang, kombinasi pembantu tadbir - pembantu tadbir N17 PKG daerah Kluang, Serta rakan juruteknik yang saya kasihi sekalian.

Berkain batik berkain pelikat,
Baba Nyonya menyambut tamu;
Perkonsian ilmu menjadi singkat,
Tidak demikiannya dengan ilmu.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

pada hari ini saya akan menyampaikan serba sedikit perkongsian ilmu yang bertajuk “Surah insyirah dan tafsirannya”

Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya untuk menerangkan serba sedikit surah ini.

  Dinamakan “surah insyirah” (perihal melapangkan dada nabi),

 Surah ini merupakan surah ke-94 dari 113 surah dalam Al Quranul-kareem.


Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan di mekah.



Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian ..

Sebab diwahyukan ketika terhenti wahyu untuk sementara waktu, orang musrik berkata

"Tuhannya (Nabi Muhammad SAW) telah meniggalkan dan membencinya”

maka turunlah ayat ini untuk membantah perkataan golongan musyrik itu.


      Pada akhir perjuangan, nabi Muhammad SAW akan mencapai kemenangan sedang permulaannya penuh dengan kesulitan. Ada pula sebahagian ahli tafsir mengertikan Al-Akhirah dengan “kehidupan akhirat beserta dengan segala kesenangannya” dan al-ula dengan erti kehidupan di dunia.

      Bingung di sini ialah kebingunan untuk mendapatkan kebenaran yang tidak boleh dicapai oleh akal, lalu Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Muhammad SAW.
   
    Kesusahan-kesusahan yang dideritai Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah.

Meringankan beban tugas baginda dalam menyebarkan islam, dengan diberinya berbagai-bagai kemudahan dalam melaksanakannya.

  Meninggikan sebutan nama baginda dengan mengurniakan kepadanya pangkat nabi dan berbagai-bagai kemuliaan.

    Diantara kemuliaan - kemuliaan itu ialah wajibnya seseorang mengakui kerasulan disamping mengakui keesaan Allah Taala bagi mengesahkan islamnya, juga wajib seseorang menyebut nama baginda dalam kalimah syahadah bagi mengesahkan solatnya.

Setelah itu Allah Taala memberi semangat dan harapan dengan menegaskan :

“Maka (tetapkanlah kepercayaan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan !”

“Untuk menghapuskan sebarang perasaan putus asa yang lazimnya terdapat dalam kalangan manusia semasa menemui jalan buntu, lalu ditegaskan sekali lagi:

“ Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai oleh kemudahan!”

Asalkan kesukaran itu dihadapi dengan tabah hati disertakan dengan usaha ikhtiar mencari jalan keluar, setelah berazam dan berserah bulat-bulat kepada Allah yang amat melimpah rahmatnya.

Surah ini diakhiri dengan ajaran yang mengarahkan supaya setiap orang sentiasa berusaha dengan bersunguh-sungguh mematuhi perintah Tuhannya dan berbakti untuk kebaikan diri dan masyarakat.

Sekian, saya akhiri perkongsian ilmu ini dengan serangkap pantun.

 Bunga Dedap di atas para,
Anak Dusun pasang pelita,
kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta..

 wabilahitaufik wal hidayah sasalamualaikum wbt.


####################

Sumber rujukan :
 1.Tafsir Alquran terbitan Hidayah of Alquran.
2. Ustazah Asmini bte Ya'cob.
3. Encik Omar bin Sarman .


1 comment:

  1. keep up the good work! semoga Allah memberkati dan merahmati segala usaha murni kamu... =]

    ReplyDelete