Thursday, September 22, 2011

Bagaimana Menulis Post Berkualiti

1: Penyelidikan

  • Kata kunci: Sebelum menulis post, cari kata kunci sesuai untuk dijadikan tajuk. Tajuk tersebut kemudiannya bertindak sebagai “umpan” dalam menarik trafik dari enjin carian.
  • Baca blog yang sama niche: Bukan saya seorang sahaja yang menulis tentang tip blogging, ramai lagi blogger di luar sana yang berkongsi tip blogging yang jauh lebih baik dari saya. Jadi, saya perlu kreatif. Baca blog mereka, catit isi penting yang mereka kongsikan. Seeloknya anda membaca dua atau tiga artikel/post yang seakan sama agar anda dapat pelbagaikan isi untuk menulis nanti.

2: Menulis

  • Gunakan tajuk yang memukau pembaca: Anda sudah dapat kata kunci yang mampu membawa trafik yang tinggi? Jika ya, bagus! Kita ke langkah seterusnya iaitu fikir tajuk yang mampu menarik pembaca untuk membaca post tersebut. Saya akan bercakap lebih lanjut tentang penghasilan tajuk memukau pembaca pada post yang akan datang.
  • Gabungkan kesemua isi penting: Pilih isi penting yang relevan untuk dikongsikan kemudian gabungkan kesemuanya dalam satu post. Gunakan ayat sendiri dalam menulis post berkualiti bukan plagiat mana-mana artikel lain.
  • Masukkan link (jika perlu): Mungkin anda juga perlu masukkan link bagi menambah kekuatan post anda. Contohnya, anda sediakan link untuk pembaca lebih faham tentang sesuatu isi yang anda kongsikan (bagi anda yang hanya kongsikan ringkasannya sahaja).
  • Masukkan gambar yang sesuai: Jangan biarkan post anda bosan untuk dibaca. Masukkan sekurang-kurangnya satu gambar bagi menampakkan post anda menarik untuk dibaca. Anda boleh rujuk Panduan Lengkap Penggunaan Gambar Di Blog Post untuk mendapatkan tip yang betul dalam meletakkan sesuatu gambar di dalam blog.
3: Baca SEMULA!
Jangan lupa untuk baca semula apa yang telah anda tulis. Ini bagi memastikan post anda tidak mempunyai kesalahan ejaan dan sebagainya. Masukkan gambar pada tempat yang sesuai. Semak semula link yang disertakan sama ada ianya berfungsi dengan baik atau tidak.

4: Terbitkan

Kini, tiba masanya untuk anda klik “Publish”. Selepas itu, anda perlulah promosikan post tersebut secara berhemah.


di copy dari fokusblog

No comments:

Post a Comment