ehsan Mr google |
Sememangnya manusia suka amik tahu perlakuan manusia lain dan sifat jaga tepi kain ini ialah sifat antarabangsa dan inilah hidangan utama akhbar , TV ,dan filem didunia.
Semua bercerita tentang manusia, nilai kemanusian dan perubahan yang dilakukan oleh manusia. Kerana inilah paparazi boleh hidup cari makan di Hollywood.
'Street photo' sepatutnya gambaran keadaan manusia di jalanan, dirakam dengan ketepatan detik masa , kecantikan seni cahaya dan kemahiran teknikal sekitar kita.Bahasa mudahnya, petiklah gambar apa pun asal hasil fotonya cantik . kalau tak cantik usah disundalkan dengan nama seni. "Never do bad photography and pretend it as a work of art"
Oleh itu detik rakaman seharusnya merakam aksi aksi manusia, 'close-up' muka atau perlakuan yang mencetuskan emosi penonton . Ini boleh dilakukan dalam satu 'frame' atau sekeping gambar sahaja . Akan tetapi tiada larangan khusus jika anda ingin menjadikan beberapa siri gambar yang mempunyai variasi sebagai tajuk dalam street photo.
Contoh ramai suka menjadikan pengemis jalanan sebagai subjek foto sejak tahun 50'an lagi. Penonton yang menyaksikan karya foto ini akan berasa simpati , kasihan, sedih melihat nasib manusia yang dirakamkan. Ada juru foto merasa bangga setelah berjaya mencapai status "dapat lesen ini" dan merasakan diri setaraf pelopor asalnya.
Malangnya tuntutan masa terkini ialah setelah nasib kemiskinan itu dirakam, gambar dipamer atau dikongsi dilaman web . Jurufoto menerima komen pujian dan teguran negatif. Apakah hasil perubahan yang boleh dinikmati oleh manusia yang dirakam? jika nasib manusia yang dirakam itu tidak berubah dan tidak dipedulikan ,adakah street photo atau photojournalism itu berjaya? Mari fikirkan
Dari segi teknikal, foto boleh dicantikan kan persembahannya dengan penggunaan software , tambah warna, HDR , teknik infrared dan sebagainya. Imej atau gambar dilihat dalam bentuk 'surreal' atau pun konsep fantasi. Memang fotografi itu seni dan cantik.
Dari segi moral isi cerita photojournalism intipati semangat kemanusian itu juga penting. Ia tidak harus hanya dijadikan hiburan pelepas keseronokan si jurufoto dan kelompoknya sahaja. Nasib malang manusia itu sepatunya menjadi pencetus perubahan nilai kemanusiaan sejagat . Martabat manusia lain seharusnya diangkat, ditolong agar kebaikan dilakukan pada manusia yang melihat gambar itu.
Adakah kita mahu berbangga dapat berjalan ke serata dunia di negara miskin, merakam wajah kanak kanak kelaparan, kebuluran, mangsa perdagangan manusia yang di dera , di seksa dalam tahanan sahaja?. Perlukah juru foto berbangga dan tidak puas dengan puluhan frame frame gambar yang berjam jam diedit di depan monitor komputer yang mahal . Adakah nilai manusia dalam street photo dianggap sebagai 'props' yang hidup? semua hanya untuk kita asah skill agar di puji sebagi street photographer ternama?
ikhsan Mr Google |
Pada tahun terawal penglibatan saya dalam bekerja dengan akhbar Malaysia. Rakan jurufoto merakamkan gambar "street photo" -human interest" seorang makcik berpanas mencari rezeki menjual gorang pisang untuk nafkah hidup di tepi jalan. Jurufoto mengambil butiran dan tujuannya ialah berkongsi pandangan betapa seorang wanita tua berumur mencari rezeki halal membuang rasa malu duduk di tepi jalan demi meneruskan kehidupan. Ya lah apa lagi kemahiran yang dia ada? Setelah gambar di cetak dan dihantar ke unit editorial akhbar untuk disiarkan. Pihak wartawan yng ditugaskan cuba melihat gambar itu dengan tafsiran kaca mata sendiri tanpa dirujuk emosi jurufoto.
Mata si wartawan melihat stesen minyak di latar dapur kuali makcik tua itu dan keesokan hari nya gambar tersebut di caption :" Menempah maut...seorang warga emas bukan sahaja berniaga tanpa permit pihak PBT malah mengundang maut pada pengguna jalanraya termasuk stesen minyak berdekatan kerana api dari dapurnya boleh mencetuskan letupan."
Setelah akhbar di jual waktu pagi maka pada waktu tengahari maka gerombolan penguatkuasa PBT telah berkejar ke tempat itu. merampas peralatan makcik miskin itu dan turut disaman dan di bawa ke ibu pejabat menaiki trak. Meraung raung emosi si makcik kerana hilang mata pencarian.
Kacamata :
Jurufoto mulanya sedih dengan nasib makcik tersebut kerana niatnya emosi yng ingin dikonsi tidak kesampaian. Ketua dan jurufoto lain pula hanya melihat gambar atas nama seni memuji , teknikal nya cantik, meletup, terbaik dari ladang dan pelbagai istilah pujian lagi.
Makcik yang dirakam pula kini serik dan benci dengan jurufoto yang menyusahkan hidupnya yang sememangnya daif dalam mencari rezeki. Kerana jika dia kaya, dia takkan meniaga goreng pisang untuk menyara cucu-cucu yang yatim .
Pemilik stesen minyak pula yang dah tentu kaya, gembira kerana berjaya menghilangkan kerisauan bahaya terhadap perniagaan termasuk status stesennya..ya lah apa kelas depan stesen minyak jenama mahal ada penjual gorng pisang berdekatan. Jatuh standard. Ferrari pun tak mau masuk isi minyak.
Penguat kuasa PBT pula: nasib baik ada makcik itu boleh dijadikan contoh mereka bertugas cepat dan pantas mencegah. Lagipun benda dah keluar akhbar dan tersohor maka dapatlah disorokkan kemarahan rakyat bila lembab dalam tindakan mencegah rumah urut,pusat pelacuran dan disko haram tanpa permit juga. termasuk yang tiada kelulusan bomba.
Akhir kata , pada jurufoto street photo yang baru nak mencipta nama, gunalah kamera kita , agar mampu membuat perubahan besar dalam kehidupan orang lain. walau seorang atau nak elok, seribu manusia. Cuba bantu agar cari idea pesembahan gambar kita agar 'subjek' manusia kita mendapat nasib yang lebih baik. Kita tak perlu melakukan street foto sekadar suka suka mengejar gambar seni setelah kita malas menulis caption atau tak mahu mengambil tahu detail kehidupan mereka. Kita tak perlu melakukan teknik HDR atau IR setelah terlupa set iso speed dan imej over expose. Petiklah gambar yang cantik yang berjasa yang memberikan nafas baru.
Dipetik :
Penulisan oleh Jurufoto picisan : Mahayudin Mohamad
terimakasih sudah sharing sangat bermanfaat gan
ReplyDeletekaos muslim anak - kaos muslim keluarga
contoh video kaos muslim anak dan keluarga nya