Tuesday, April 12, 2011

Damai

Dari riak wajahnya kelihatan tenang..
Dia tahu setiap yang datang ,
pasti akan pergi..



Datuknya juga pernah menyampaikan pesan,
kepadanya.. bahawa.. arwah isteri , arwah emak,
arwah bapanya.. sudah memanggilnya...
Di saat datuknya sedang terlantar menahan kesakitan,
itulah pesan yang di sampaikan kepadanya...

Teringat kembali memori - memorinya semasa kecil..
semasa usianya 8 tahun .
Di saatnya sedang nakal...
Datuknya.. memarahinya...
3 bulan jugalah dia merajuk...
tak mahu ikut keluarganya jika pulang ke kampung...

akhirnya...
Datuknya juga lah yang memujuknya...
dengan memberikan buah - buahan kegemarannya..
untuk di makan...
Datuknya tahu.. kegemaran cucunya yang seorang ini...

kini datuknya sudah tiada,
pergi menyambut seruan ilahi..
Damailah dikau di sana...
kepada Arwah Hj. Ali Bin Redzuan (1913 - 10/4/2011)
Hanya Bacaan Alfatehah... dan bacaan ayat - ayat suci Alquran ..
yang mampu cucumu ... Titipkan...

AL- FATEHAH....

2 comments: