Tuesday, March 22, 2011

Resepi Asam Batang Keladi

Bahan-bahan

  • 5 Pokok Keladi
  • 3 ulas bawang putih* ( di kisar)
  • 4 biji bawang merah kecil* (di kisar)
  • 7 biji cili kering merah* (di kisar)
  • 1/2 cawan ikan bilis, (sebahagaan di kisar, sebahagian lain di biarkan  tidak dikisar untuk di buat hiasan)
  • 1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
  • Bunga Kantan ( jika suka )
  • 3  pokok daun kesom (agak - agak sesedap rasa )
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya.
  2. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat di bilas dan toskan.
  3. Dalam periuk yang lain , Rebus Cili kering yang sudah di kisar . masukkan bawang merah dah putih , berserta belacan . setelah mendidih bahan - bahan tadi . masukkan daun kantan . 
  4. Kemudian , masukkan isi dan batang keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan. =)


Ni Cubaan memasak sayur keladi..
 Pss : hampir ada yang hancur kot kalau korang perasan .. fuhh.. ni sebab celur terlalu lama. tapi aku boleh bagi jaminan yang korang takkan gatal - gatal tekak selepas makan benda alah ni.. hikhikhikkk.. =)

eleh tak percaya lah tu.. aku yang masak kan..?

 Gambar membuktikan .. jari sudah terkena getah keladi.. waktu ni.. gatalnya.. hanya Allah jer yang tahu. tapi bila kita buat - buat tak tahu.. tak rasa gatal apa pun..

5 comments:

  1. fav aku tue...aku pnh mkn kat ipoh...tringn sgt nak patu bile makan tekak jadi bengkak..gatainye x ilng..siot tul makcik tu x pandai masak...!!!

    ReplyDelete
  2. rahsianya adalah.. batang keladi tu perlu celur.. agak separuh masak.. kemudian di bilas.. barulah.. di masak lagi bersama rencah yang sedia ada .. Fuuh.. aku pun favaroute gak.. sape lagi nak mengangkat nama makanan2 kampung ni.. kalau bukan Kita...

    ReplyDelete
  3. hehe..tau xpe..aku blek kampung ni mst mak aku masak bende alah nie..xsabo...

    ReplyDelete
  4. sabtu ahad ni ada di kg kah ? kalau ada.. aku bg cd. install CS3 la yerk..

    ReplyDelete
  5. mcm xjadik blek...kumpul wet lu ..hehe...kamu pos jerk...raya thn depan claim ngan aku..haha

    ReplyDelete