Hukum dan teori relativiti mengumpat. Boleh jadi hari ini kita seronok bercakap atau mendengar orang menceritakan keaiban dibelakang orang lain, boleh jadi orang yang sama juga tengah seronok mendedahkan aib kita di belakang kita. Sebagai manusia kita tak lari dari pernah melakukan kesilapan.
Apabila kita berbalik kepada pencipta kita. Dia sendiri maha pengampun dosa-dosa manusia apabila hambanya kembali bertaubat. Siapa kita hendak menilai manusia terhadap amalannya.
Sebagai manusia kita apabila berhadapan dengan 10 orang manusia kita tidak boleh mengharapkan mereka juga sependapat kita. Jauh sekali kita mengharapkan mereka akan berbaik sangka dengan kita. apa yang kita harapkan setiap tindakan kita, hati kena ihklaskan semata-mata lillahitaala. Apabila melihat orang lain. Pandanglah dari sisi putihnya. Kerana boleh jadi orang itu pernah berjasa kepada kita di saat kita dalam kesusahan
Kita juga kena selalu beringat ketika kita rasa mula seronok nak membuka aib orang lain maka ingatlah ketika di akhirat kelak. Orang yang kita buka aibnya akan seronok gembira kerana dapat mudah masuk ke syurga atas tiket umpatan kita tadi. Kerana segala amalan baik kita akan kembali kepada orang yang kita umpatkan, tetapi jika kita pula tiada amalan kebaikan maka segala amalan keburukan orang yang kita umpatkan akan kembali kepada kita. Maka beratlah amalan keburukan di neraca timbangan kita di negeri yang kekal abadi. Sanggupkah kita?
Selain itu Allah swt juga telah berjanji. Barang siapa yang menutup aib saudaranya. Allah akan menutup aibnya di khalayak umum. Begitu juga sebaliknya. Percayalah janji Allah itu pasti.
Kepada yang di umpat dan rasa tersisih kesan dari umpatan-umpatan itu. Usah bersedih dan buka mata seluas-luasnya. Lihat sekeliling. Percayalah masih ada orang yang baik -baik disekeling anda. Hitunglah rahmat Allah yang tidak terkira kepada anda. Maafkan mereka yang mengumpat anda. Serahkan sahaja kepada Allah sebagai perhitungan.Waahu alam bissawab
No comments:
Post a Comment