Alkisah periuk nasi....
semalam selepas makan malam... keadaaan periuk nasi yang masih ada sudip nasi kat dalam tu.. mestilah dalam keadaan tutup yang tidak sempurna.... masih terletak kat atas peti ais... aku tengok ada seekor cicak atas dinding... bersebelahan periuk nasi tu...
nak galihkan periuk nasi masuk dalam tudung saji... tengah tengah angkat periuk nasi tu.. tiba-tiba seekor cicak melompat keluar dan memanjat kat badan aku...
aku pun terkejut.. menjerit..
"MMMAAAk CicaaaKk!!" terjatuh periuk nasik tu dengan sudip-sudip sekali....
teringat pesan suami.. dia kata... gunakanlah penyembur serai wangi yang dia dah sediakan ni.. kalau nak halau cicak ke.. lipas ke.....
aku apa lagi selesai membuang nasi ke dalam tong sampah.. emm membazir je.. kalau korang korang nak buat pe dengan nasi bekas cicak makan tu eh?
ok.. sambung balik ayat... setelah selesai mengemas.. aku pun sembur sebatian serai wangi kat dinding dinding dapur... semua satu rumah aku sembur.. kalah macam nak sembur nyamuk jer....
pagi ni.. aku tengok kat dapur tak ada seekor pun cicak yang berkeliaran di dinding dapur..
wah .. amazing.... senyum senyum sendiri pepagi.. he he he....
.............................................................................................................................
dapat ku agak.. semalam tu ada seekor cicak yang kat dinding tu.. dia tengah jaga line.. agaknya punyaa lah menjerit... cakap kat member dalam periuk tu..
kata "line tak clear.. !!"
tapi yang kat dalam tu dia syiook sangat baru nak makan tu yang tak hiraukan jeritan kawan dia...
wakakakaa hanya emeginasi aku jer... korang jangan percaya sgt......
No comments:
Post a Comment