Monday, September 2, 2013

mendoakan kecelakan ke atas orang lain.. elokkah?

"Ibu nak tanya boleh?"

"Tanya apa?"

"Minggu lepas masa along balik kerja ... dalam keadaan puasa... mood pun tak baik.. sampai-sampai kat rumah.. along nampak ada 2 puntung rokok bersepah kat laman rumah.. along geram la.. tiap-tiap hari kerja nya nak bersihkan puntung rokok orang.. pastu kan.. along doakan.. siapa yang hisap rokok bersepah-sepah... tak reti nak buang kat tong sampah.. mulutnya terbakar...
nak hisap rokok hisap la.. pe pasal buang-buang kat laman rumah orang....."



"isk along... kenapa doa macam tu.. tak baik tau.. nanti takut doa yang tak baik tu berbalik semula pada kita..." ibu cakap.

"mendoakan keburukan orang tak baik lah kak..". lukman adik yang bungsu mencelah..

"lain kali doalah yang baik-baik.. contohnya.. doa supaya kita kaya jiwa dan harta. diberi kesihatan yang elok... doa time marah-marah Allah cepatnya makbul tanpa hisab... "ibu sambung lagi...

"haa yer la... " hmm dah dengar jawapannya...

sambil layan lagu Cheb khaled....


Ringkas saja jalan ceritanya. tetapi banyak permata yang dikutip.

1. kadang-kandang tanpa sedar perbuatan kita ni boleh membuatkan orang lain sakit hati. Perasan tak?

2. mendoakan kecelakaan orang adalah tidak bagus.. ( tapi kenapa selalu nampak dan dengar orang menceritakan keburukan orang lain, baguskah itu?)

3. Selalu berlatih mendoakan yang baik-baik saja...

4.Berlatih bernafas dengan betul. sebab sejak akhir-akhir ni mudah sangat rasa nak marah.

5. Selagi ada yang menegur bermakna masih ada yang sayang.. munkin ini caranya Allah nak tegur aku.. supaya tidah di ulang kesilapan yang sama.. munkin juga orang lain akan mengulang kesilapan yang sama.

6.Merokok memang tak baik untuk kesihatan.. jika tidak didoakan terbakar. memang perokok ini akan membakar mulutnya sendiri... nak salahkan siapa?

Bak kata bijak bijak pandai:

* Merungut : Menyekat langkah .
*Berdoa : Memandang masa depan.
*Bertindak: Menghasilkan keputusan.

sekian...

Ps: lagu Cheb Khaled ni mengingatkan masa zaman sekolah dulu2 bila dah puas ibu kejutkan kami bangun dari tido pagi-pagi.nak kesekolah. ibu buka cd ni.. kuat-kuat supaya anak-anaknya bangun.. aku pulak bangun sebab nak tengok salah seorang penyanyinya yang encem gitu.. haaaha... tidak ada kena mengena yang idup mahu pun yang mati.... 







No comments:

Post a Comment