Dulu-dulu dua tiga tahun lepas.. masa mula-mula berkerja duduk dirumah bujang sendiri... dan sekarang pun ada terfikir jugak mengenai formula cara masak yang cepat lagi mengenyangkan.. hehehe.. fikir pasal makan jer kan... hmmm
fikir punya fikir...
pe kata, sedia kan jer stok fastfood froozen. paling senang nak masak.. contoh daging burger, nugget, sosej dan bal bla... mee segera...
bila fikir-fikir balik...
tak elok makanan-makanan segera ni.. memang la rasanya sedap tapi tidak berkhasiat.. ambil contoh satu : sosej
sosej mengandungi nitrat. apabila nitrat dipanaskan nitrat akan bertukar menjadi nitrosamine. Sejenis bahan kasinogen paling popular dalam mencetuskan kanser.
hmmmm...
baru satu contoh belum lagi kira lemak tepu dalam daging burger.
fikir-fikir balik... memang pun tak berapa gemar makanan-makanan segera termasuk la jajan-jajan. munkin dah di didik dari kecil...
so makanan-makanan begini bukan la pilihan yang sesuai buat stok....
hari ini.. setelah 4 tahun akhirnya dah dapat formula sediakan makanan cara mudah lagi berkhasiat.. insyaAllah....
banyak resepi-resepi kalau kita google. yang mudah nak sediakan untuk golongan berkerjaya seperti saya.. acerccer....
antaranya... buat ikan bakar, masak tomyam... feveret ni paling sonang baitu... rebus2 siap.. tapi kena ikut formula ar....
Laksa penang ... saya rasa senang je buat ni.. cuma laksa johor je belum cuba lagi...
Ada orang.. bukan saya.... bahan-bahan macam bawang putih, bawang merah, halia. dah dikisar siap-siap masuk dalam tupperware dan letakkan sedikit garam.. sebagai bahan untuk tahan lama. masukkan dalam peti ais. sebab nanti time masak senang je. tinggal tumis...
Pokok pangkalnya bergantung pada nawaitu seseorang.. Innama A`malu bil niat. segala amalan tu bermula dengan niat...
.. alhamdullilah....
sekian.. banyak pulak membebelnya hari ni....
*p/s : kira ada berapa perkataan senang pada teks diatas berbanding perkataan susah... heeehe
No comments:
Post a Comment