Monday, July 15, 2013

Farm Ville ibunda (◕‿◕)

Bismillahirrahmanirrahim ...

nama tajuk entri kali ini macam permainan game.. kan... tapi sebenarnya bukan nak ceritakan pasal permainan Farm Ville tu sangat.. cuma nak berceritakan tentang hobi ibu saya (penulis) yang gemar bercucuk tanam.

حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا أبو عوانة ح وحدثني عبد الرحمن بن المبارك حدثنا أبو عوانة عن قتادة عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال ) قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا فيأكل منه طير أو إنسان أو بهيمة إلا كان له به صدقة(

Memetik dari Hadis 5: Keutamaan menumbuhkan dan menanam tanaman apabila sebahagiannya dimakan.


Maksudnya dari Qatabah dari Anas ra. berkata, Rasullullulah Saw bersabda, "Tidaklah seorang muslim menanam tanaman atau menumbuhkan tumbuhan lalu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan ternak melainkan hal itu menjadi sedekah baginya."

(Albukhari kitab muzara'ah, bab keutamaan menumbuhkan dan menanam tanaman apabila sebahagiannya dimakan, No 2320)

 ibu... insan yang saya kenal memiliki hobi bercucuk tanam. biar tanah itu tak seluas mana. biar tanah itu katanya tidak subur. tetap dia akan usahakan menanam sesuatu yang boleh untuk dijadikan sumber makanan...

antara tanaman yang diusahakannya...

Pucuk Manis atau orang panggil cekur manis...


Ia merupakan sumber bagi vitamin K yang baik, daun pokok cekur manis terutamanya yang masih segar kaya dengan kandungan vitamin B, C protien dan galian. Namun pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan paru-paru akibat kepekatan alkaloid papaverine....... ( mana-mana ubat atau makanan kalau diambil secara berlebihan akan mendatangkan kemudaratan)

Pokok Pegaga

Geram pulak tengok pegaga ni



selain daun pegaga dijadikan jus minuman.. ia sedap dibuat urab.. urab ni kombinasi sayur-sayuran seperti kacang panjang, togeh, pegaga, pucuk ubi, kelapa parut bersama bawang merah dan putih yang digaul... kalau nak cerita ringkas la resepi urab... tapi ni sayer punya kegemaran... 

Pokok Bendi..

Merupakan tanaman jangka masa pendek. biasa dimasak campur dalam kari, mahupun asam pedas. tapi kalau di rebus dan makan bersama budu pun ok jugak... 


  Pokok pandan Wangi
Biasa digunakan sebagai penambah aroma dalam masakan pengat, mahupun sirap minuman. daunnya diracik-racik halus dijadikan bunga rampai.. untuk bahan wangi-wangian.

Pokok kunyit.
Daun kunyit kebiasaanya sebagai penambah aroma dalam masakan asam pedas.. kalau rebus2 kerang mahupun kupang.. sedap letak daun kunyit.. 

Labu manis



pucuk dan isi labu biasanya dimasak lemak.. manakala kadang-kadang orang buat bingka labu, dan pengat labu... 

Pokok Nenas


yang ni tunggu masa nak mengeluarkan hasil... antara cabarannya ialah pucuk nenas ni selalu di cabut monyet-monyet.. nampak tak ada pokok 7bilah jarum ditanam disebelah pokok nenas tu.. bertujuan sebagai pelindung kepada pokok nenas. duri pada pokok 7 bilah jarum sangat berbisa rasanya.. saya berani cakap sebab pernah dah terkena duri ini..

Pokok Delima. 

Cara penanaman melalui biji benih... nampak ibu buat.. biji benih delima di semai kat tapak semaian. bila dah bercambah digalihkan kat pasu...

Pokok Markisa




Pokok Lengkuas
Rizom Lengkuas sesuai dijadikan rempah untuk masak satay, rendang dan tom yam .. munkin.. hee saya masak tom yam tak letak lengkuas.. tapi Housemate saya  letak lengkuas.(kalau tak iyer2 boleh bergasak kat dapur sebab percanggahan pendapat) tapi sebab kami dah dewasa dan menghormati perbezaan.. hee skemanya bahasa.. suka ati kamu lah labu.. jangan letak bom sudah la.... 

pokok ubi kayu
ubi kayu ni nanti boleh buat tapai.. tak pun rebus makan dengan ikan kering jer...  goreng jer pon sodap... heehe pandai lah tu...



Pokok Pisang
Bersebelahan pokok pisang ini di gabungkan dengan pokok ubi.. pokok ubi pulut. acer cuba cari sendiri.. dah pandai kan korang... heeew.....

Pokok Sayur kangkung
Masak goreng belacan pun okey.. hehe

rasanya cukuplah sampai kat sini untuk entri ni.. munkin akan ada sambungannya Farm Ville ibunda (◕‿◕) versi 2.0.. setelah diamati.. ada lebih 30 sepeses pokok-pokok yang ibu usahakan.Untuk rekod tanaman ini baru sahaja diusahakan selama 6 bulan.. sebab kami baru sahaja berpindah ke kediaman ini.. dan ia juga bersifat sementara.. munkin akan berpindah lagi.... semunya bermanfaat untuk dimakan.. ibarat pergi ke pasar raya jer.(. keliling rumah tu.. kalau korang perasan.). 

itulah bila dah duduk jauh dari ibu bapa ni.. apabila pergi ke kedai ke.. nampak pucuk ubi.. atau daun kunyit... terdetik kat hati .. cakap.. kalau kat rumah ni.. tentu dah petik jer tepi rumah... tapi ni jauh.. beli jer la jawapannya.... 












1 comment:

  1. tak rugi kalau kite berbakti kepada Tanah..

    salam perkenalan..

    ReplyDelete