Thursday, March 14, 2013

CARA KITA MELIHAT PELANGI

Jun 2012
Setiap orang akan diuji mengikut kemampuannya... bagaimana individu itu memandang ujian yang diterimanya. untuk menyelesaikan atau tinggalkan atau membiarkan atau menangisi...



Allah uji sebab Allah sayang pada hambanya...
Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk bertindak bodoh...

hye !! tunggu dulu... 
kalau nak menangis..
 menangislah sepuas hati..
dah puas menangis.....
 kemudian senyum...

katakan pada masalah "ada Allah yang lebih besar dari masalah ini" aip macam biasa buat jer

sejak 3 minggu lalu.. memikirkan persoalan ini.. kenapa apabila kita buat baik pada orang dan munkin kita juga ada kesilapan...
 mereka akan nampak yang silap itu.. malah  adakah mereka sedang menabur fitnah keatas ku.. sehingga kesannya .

." hmmmmmmmm..." sampai sekarang aku masih memikir-mikirkan.. mengharapkan petunjuk dari Allah sahaja... 
Benar juga ada pepatah "ibarat melepaskan anjing yag tersepit" 
memang dari awal lagi aku sudah reset minda..
 " sahaja aku menolong orang sekian-sekian kerana Allah Taala"
....................................................................................


Mac 2013
Mengikut teori Malaikat Lawan Syaitan seperti yang ditulis oleh Mohd Daniel Lim bin Abdullah. melalui buku 'AKU CINTA MASALAH' ini adalah salah satu metafora pemikiran apabila kita menghadapi cabaran iaitu dengan mengangap kita dalam dua keadaan iaitu :

Pertama :
Kita telah dihantar malaikat oleh Allah SWT untuk menguji keimanan kita. Allah swt dapat menilai dan menaikkan martabat hambaNYA sekiranya kita dapat menghadapi ujian ujian tersebut dengan penuh kesabaran dan redha walau apa pun yang berlaku. Dalam konteks ini, malaikat mungkit menyerupai manusia atau apa-apa saja yang sengaja menyusahkan kita, menyakiti hati kita. menghampakan harapan kita. Persoalannya kalau kita tahu kita diuji dengan sengaja oleh malaikat, adakah kita akan mengalah atau bertenang? Pastinya kita akan bertenang bukan? Teori ini bukan satu rekaan semata-mata kerana sememangnya manusia diuji untuk menaikkan martabatnya.

Kedua:
Anggapkan kita dihasut oleh syaitan yang sengaja nak menyesatkan diri kita dengan ujian-ujian yang boleh menggugat keimanan kita. Syaitan akan menghasut melalui bentuk manusia, perasaan kita sendiri iaitu nafsu kita dan emosi kita. ingat, syaitan adalah musuh yang nyata dan tugas syaitan sememangnya untuk menyesatkan manusia. Syaitan akan berusaha untuk menyesatkan manusia supaya kita menjadi kufur dan menginkari perintah Allah swt. Persoalannya adakah kita akan begitu mudah untuk mengalah pada hasutan godaan syaitan-syaitan ini dan menjadi teman mereka di Neraka ?

.............................................................................................................................
Alhamdullilah jawapannya aku dah dapat.. Terima kasih Allah ..... 

No comments:

Post a Comment