Sunday, June 21, 2020

review buku "Lesap Sejuta"


Tajuk Buku : Lesap Sejuta
Penulis Buku : Liyana Hazwani
Bil: Muka surat : 128 M/S
Untuk Bacaan : 9 tahun -19 tahun


Dahan rapuh Jatuh ke tanah, 
Dedalu tumbuh bersama Palas, 
Teladan kepada yang tidak amanah, 
Seribu lesap sejuta melepas.

Buku ini mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Fikri. Dia merupakan antara pelajar cemerlang di MRSM Batu Pahat. Semangatnya untuk belajar di kongsi bersama rakan baiknya Lukman.

Namun, dia mengalami konflik diri sama ada ingin meneruskan cita-citanya di bidang perakaunan atau menurut kehendak emaknya yang mengiginkan dirinya menjadi seorang Doktor.



"Anak ambil jurusan apa?"

"Kalau nak cerah masa depan...  jadilah doktor."

"Jurusan lain?  Ish...  janganlah!  Biasa-biasa saja... tak dipandang hebatlah!"

Begitulah persepsi...  majoriti ibu bapa berharap agar anak yang cemerlang memilih kareer doktor. Apabila memilih jurusan lain? Ibu tidak reda, orang lain pandang rendah,  diperlekeh konon ia jurusan mudah.

Itulah cabaran seorang remaja yang minat matematik... takut pula dengan darah dan boleh pengsan jika diminta melihat katak dibedah.

Apabila dia bercita-cita menggantikan Gabenor Bank Negara... ibu sendiri tidak keruan.

Maka laluan menjadi akauntan terasa sukar.

Namun, sungguh tak di sangka. berlaku insiden yang telah mengubah pemikiran emaknya 180 darjah.

Fikri gembira dengan laluan kerjaya yang dipilihnya. Adakah laluannya mudah? Bagaimanakah kehidupannya di kampus? Bagaimana pula kehidupannya di alam pekerjaan ? Semuanya terjawab dalam LESAP SEJUTA.

Inilah novel tema kerjaya yang sangat membantu anak remaja melihat ruang lingkup lebih luas berbanding hanya memilih perubatan sebagai kerjaya utama.

Pada akhirnya, ilmu pengetahuan itu semuanya bermanfaat dan sepertimana tuntutan Islam...  sesiapa berada di dalam majlis ilmu itu seperti berada dalam taman-taman syurga.  Maka kejarlah berkat ilmu, bukan kerjaya.

jika berminat boleh klik ke link ini : Shopee : Afsyanur Bookstore

1 comment:

  1. Menarik sekali. Sudah jarang ada review buku di blog-blog seperti ini.

    ReplyDelete