Sunday, April 13, 2014

Cara penjagaan Kuali non stick (tidak melekit)

sebelum ini ada seorang sahabat cikgu dari sekolah rendah bercerita pasal penjagaan kuali jenis tak melekit.. masa tu tak ambil serius sangat sebab kuali tak melekit tu pun tak ada.. tapi baru-baru ni.. encik suami dah membelikan kuali non stick... jadi kenalah ambil berat pantang larangnyer....


ikhsan Goggle

Antara pantang larangnya di copi paste dari blog lain ialah...

1.Jangan panaskan kuali non stick yang kosong diatas api. ini akan memusnahkan lapisan non stick kuali tersebut.

2. Jangan keringkan kuali yang basah diatas api. ini bukan kuali cap BUAYA.. Gunakan tisu dapur atau kain kering untuk lapkannya..

3. Jangan gunakan sudip/Sendk besi untuk mengacau lauk/sayur dalam barangan Non-stick. Hanya gunakan sudip/senduk jenis non-stick/kayu untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan non-stick.

4. Jangan terus membasuh barnagan non-stick sebaik sahaja selepas anda siap memasak. ini boleh menghilangkan lapisan non - stick kuali tersebut. basuh kuali apabila ia kembali sejuk.

5. Jangan guna penyental (besi berbulu) untuk membasuh kuali non-stick. Hanya gunakan span lembut.

6. Api yang sederhana sudah memadai untuk memasak menggunakan barangan non stick ini. ini kerana menjimatkan masa dan gas anda...
.....

walau agak banyak juga pantang larangnya yang penting ia.. boleh menjimatkan masa, minyak masak dan gas serta memanjangkan jangka hayat kuali non-stick kita...  he he he best best...

^_^ terima kasih encik suami... ^_^

No comments:

Post a Comment