Wednesday, December 18, 2013

7 cara semulajadi suburkan tanah

Assalamualaikum wbt...

Pokok bunga kesayanganku


Anda semua pernah tak dapat pesanan dari orang tua-tua... kalau potong rambut atau potong kuku ker...

mereka berpesan suruh tanam kat pasu atau tepi pokok... sambil pesan kat barang yang kita tanam begini...

"Rambut-rambut, esok kat Akhirat aku tak cari kau, kau carilah aku"

atau begini

"Kuku-kuku aku tanam kau, esok kat akhirat aku tak cari kau, kau carilah aku"

nampak macam seram jer kan....

hari ini.. bila aku cari info berkaitan bahan untuk suburkan tanah.. rupa-rupanya rambut tu merupakan unsur nitrogen 30 kali ganda daripada baja najis haiwan.. wah ! itulah yang tersirat rupanya disebalik suruhan menanam rambut di pasu bunga....

hari ni nak sharelah 7 bahan suburkan tanah secara semula jadi  dari blog impiana karangkraf .

TANAH  merupakan asas penting dalam penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman hiasan. tapi pernah tidak anda mengalami situasi dimana, pokok yang ditanam tidak mahu membesar atau senang kata terbantut pertumbesarannya. Hal ini munkin terjadi kerana faktor tanah yang tidak subur. Jadi hari ini web impiana kongsikan 7 tip suburkan tanaman secara semulajadi.


  • Tanaman berpasu juga ingin 'minum teh'. Anda agak kurang sabar dengan bunga dalam pasu yang lambat mengeluarkan bunga? Cuba anda siram dengan air teh sejuk, air teh ini membantu membekalkan banyak miniral kepada tanaman berpasu apabila ia sering disiram dengan air teh setiah hari. ( Yang ni belum cuba buat)

  • Sisa kotoran kolam makanan enak buat tanah anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus air kotoran tersebut. Siram dan letak keatas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrien yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda. ( Yang ni masa bela ikan puyu adalah buat, masa nak cuci akuarium, air sisa terus tuang kat pokok, ngeee jimat-jimat tak aku ni? "koh koh koh terbatuk-batuk Qasih anak jiran sebelah sambil berkata eii busuk" sunguh luhur betul hati kanak-kanak ini... aku masih buat tak tahu....)

  • Berikan kalsium tambahan kepada tanaman anda. Kisar halus kulit telur ayam ayam lalu siramkan pada tanaman anda. ( Yang ni macam perasan mak encik tunang ada buat pada pokok bunga Ros beliau.. hee jangan marah yer... saya cuma pemerhati bebas je)

  • Suburkan tanah dengan habuk pada beg hampa gas anda. selepas anda melakukan kerja menyedut kotoran dan habuk di rumah menggunakan hampa gas, anda boleh buang habuk tersebut di atas tanah berhampiran tanaman hiasan. habuk ini akan memperkayakan tanah anda. ( Yang ni belum pernah cuba lagi)

  • Tempurung kelapa elok untuk dungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah dan dalam masa yang sama mengawal kehadiran rumpai. berbeza dengan sungkipan lain, tempurung kelapa juga membekalkan nitrogen dan mineral lain sewaktu proses decompose berlaku. ini semua mampu memperbaharui kualiti tanah anda. (yang ni pun tak pernah buat, tapi kalau tempurung kelapa tu dibuat penutup lupang pasu, ketika proses mula-mula nak masukkankan tanah dalam pasu tu adalah buat)

  • Bukan anda sahaja suka minum kopi. Tanaman anda juga ada yang menyukainya. Jangan buang hampas kopi anda kedalam singki. Tapis dan taburkannya di atas tanah. Tanaman hiasan anda terutamanya yang sukakan keadaan tanah berasid amat perlukan" sumbangan" ini . Lakukannya sebulan sekali sahaja (yang ni tak pernah buat)

  • Tahukah anda bahawa rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? anda boleh menyumbangkan nitrogen tersebut dengan menabur rambut yang telah digunting dikawasan berhampiran tanaman anda. (Kan dah kata.. siapa yang tak paham maknanya dia baca skip-skip =p )


2 comments: