Thursday, June 20, 2013
Letih Ikut Dunia Orang Lain
memetik tajuk artikel website Encik Samsudin yang bertajuk "Letih mengikut Dunia orang lain...."
saya ada pandangan saya sendiri.. bukan saya yang ikut dunia orang lain..
tetapi dalam dunia saya,
orang lainlah yang suka atau gemar untuk saya mengikut dunia orang lain..
siapa saya? siapa mereka...
dunia kita berbeza...
pernahkah mereka rasa apa yang saya rasa?
saya tak mengajak anda untuk bersimpati...
saya senyum apabila anda membandingkan saya dalam hidup individu lagi seorang...
camonlah... takkanlah dari segi gaya berpakaian, laptop... handphone... dan kenderaan nak menyuruh saya ikut dunia dia....
saya bukan dia .. dan dia juga bukan saya...
saya selesa dengan cara saya...
berdasarkan apa pengalaman yang saya alami sejak berumur 3 tahun lagi...
Dan anda baru sahaja kenal saya 3 tahun...
saya ada perancangan saya sendiri...
ya.. saya orang muda... mungkin dianggap masih mentah lagi....
okey... selagi anda rasa nasihat anda berguna saya akan ikut...
tapi kalau
"tidak.."
Terima Kasih....
Terima Kasih....
terima kasih atas ambil berat..........
kerana selalu memikirkan saya.. dan membandingkan saya dan dia..
ya munkin dia lah contoh icon terbaik nak jadikan bidalan.....
seronok juga yer sekali sekala kena jentik-jentik manja begini....
lagi sekali...<ayat penegasan>
came on laahhh....
selagi tidak melanggar hukum syariat... dan tidak sesat dari fahaman Ahli sunnah wal jamaah..
selagi itulah... kita tetap menghadap kiblat yang sama ketika bersolat....
Suka nak diberikan contoh yang selalu Profesor Dr Muhaya ulang-ulang dalam siri ceramah beliau..
dan memetik dari buku tulisan Encik Samsuddin Kadir.... sehingga terus melekat dalam minda separa sedar saya aitu
" Apabila kita merasakan diri kita mahal, kita tidak memerlukan jam tangan yang tinggi nilai harganya.
Kita tidak perlu bergaya berpakaian mahal. Ini berlaku kerana kita merasakan diri kita sudah mahal.
Sebaliknya, apabila kita merasakan diri kita murah, kita sibuk mencari simbol-simbol kekayaan untuk
dipamerkan kepada orang lain. Ini supaya orang lain melihat kita mahal ataupun kaya. Contohnya jam,
Kenderaan, Rumah, perabot, pakaian.... dan material lain....."
Kekuatan individu itu bukan hanya terletak pada kekuatan fizikal.. kemewahan, kecangihan gajet..
tetapi perlu juga kuat.. Inteligent Quotient, Emosional Quotient dan Spiritual Quotient.....
buka mata buka hati..
pandanglah dengan pandangan hati agar kita menjadi lebih mengerti...
Akhir kata...
Dunia ini akan membosankan jika semua sama... oleh itu jom raikan perbezaan !!!
P/s : Nukilan ini dicatatkan untuk menyatakan saya tidak cemburu dengan kelebihan orang lain. malah berterima kasih kerana memberi idea-idea yang bernas untuk terus berkarya penulisan kreatif gitu.... sebernas syarikat beras. ia juga jawapan "senyum saya" kepada soalan-soalan anda...
Terima kasih.. saya sayang anda semua...
---> tengok tuna fish pun okey jugak... pasni kalau nak bandingkan saya dengan robert Kiyosaki.. atau Donald Trump.. baru hati ini ada rasa sentap sikit... hoohoo holick...
No comments:
Post a Comment