9/8/2011
9 Ramadhan 1432 H
jam 9.00 pagi
Bos : Hana saya nak keluar ke pejabat pos mahu beli stamp...
Hana : Nak anta kad raya kah ? ( sambil tersenyum - senyum kambing.. ada lagi orang nak anta kad raya yang real.di zaman orang hantar ucapan raya pakai sms atau berfacebook saja . fuuuh.. )
Bos : haah..( menyedari Hana asyik terseyum sesorang mengelamun dia segera berkata )nak bagi Pekerja pejabat Pos duit..agak- agak untuk satu kad raya berapa sen yer ? 0.50 Sen ada tak ? (sambungnya lagi )..
Hana : mungkin kot... sambil terpikir - pikir tahun lepas dapat kad raya yang berstamp 0.50 sen .. agak - agaknya sekarang ni 0.60 kot.. kata Hana didalam hati.
Bos : Kalau dulu - dulu harga ada yang 10 sen.. 20 sen .. sejak menjak ni naik pulak ... 50 sen ..
Saya pergi Pejabat pos dululah .. nanti kalau ada orang telefon beritahu saya di pejabat pos sekejap
Hana : baik ...
6 jam kemudian ..
Hana : Assalamualaikum ( sambil menjengah di pintu bilik bos)
Bos : Wa'alakumsalam.. ya ada apa ?
Hana : Encik saya Mahu ke keluar ke pejabat pos sekejap yer...
Bos : nak beli Stamp kad raya jugak lah tuuu ...
Hana : ........................... hihihihi.. (senyum lagi sendirian... )
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar anda sekalian ...
masih dalam mood bulan Ramadhan . Bulan keberkatan .. InsyaAllah .. situasi di atas merupakan situasi biasa di bulan Ramadhan . ketika kita menjelang menyambut Hari Raya . Pada masa dahulu kad raya . merupakan antara medium yang popolar bagi penganti diri . Tapi kini situasi sudah berubah .
kad - kad raya sudah di ganti dengan ucapan - ucapan SMS di telefon .. hikhikhik...
( agak- agak boleh agak kah siapa watak Hana dalam dialog diatas )
sekian .. selamat beramal ... =)
No comments:
Post a Comment