tadi aku stallker kat wall fb dia .. aku tak tahu kenapa dan mengapa hati aku ini dalam sehari mesti nak view wall fb dia .. macam ada magnet yang menarik - narik hati aku untuk melihatnya . adakah itu perasaan rindu ? tapi haruskah aku meluahkan perasaan rindu ini ? pada dia...
tiba- tiba pc aku ni jadi jamm . adakah Allah juga tidak membenarkan untuk aku meneruskan menulisanku ini ?. Merindui pada insan yang tidak rindui aku .
setelah ku restart semula.. keadaan kembali seperti biasa, keinginan aku untuk menulis dan mencurah idea yang terbuku di hati ini tak mampu untuk dibendung. subhanallah ku cuba kuatkan hati . untuk tidak mengingati dia . aku sedar dia juga sudah ada seseorang yang istimewa dihati . akan dipedulikankah aku ini . yang cuma seperti sebutir pasir di padang . Aku view lagi..
"hai hati sudahlah tu.. buat apa nak di harapkan pada yang tidak sudi ? meski air mata kau mencurah seperti lautan mengenangi pulau . dia tetap tidak akan hiraukan . kerana dia sedang berbahagia disana ."
aku selalu cuba untuk berlaku profesional . kerana aku akan berhadapan dengan dia pada hari - hari yang mendatang . agak - agaknya bilalah aku ni nak jumpa Mr. charming aku . aku harapkan orang seperti dia . tapi dia , kepunyaan orang lain . aku hendak sangat tahu apa yang terbuku dihatinya . masih adakah ruang aku untuk dirinya . inilah jadinya kalau cinta bertepuk sebelah tangan . aku cuba untuk berlakon seperti tidak pernah berlaku apa - apa . tapi aku bukanlah pelakon yang terbaik.
Nauzubillah ..
Latihan untuk hipokrit yang tak menjadi .
Dalam hati hanya mampu berdoa .
". Ya Allah hapuskanlah kekecewaan ini . Gantikanlah dia dengan seseorang yang lebih baik . "
No comments:
Post a Comment