Friday, August 30, 2013

cerita pasal makan lagi


Dulu-dulu dua tiga tahun lepas.. masa mula-mula berkerja duduk dirumah bujang sendiri... dan sekarang pun ada terfikir jugak mengenai formula cara masak yang cepat lagi mengenyangkan.. hehehe.. fikir pasal  makan jer kan... hmmm

fikir punya fikir...

pe kata, sedia kan jer stok fastfood froozen. paling senang nak masak.. contoh daging burger, nugget, sosej dan bal bla... mee segera...

bila fikir-fikir balik...

 tak elok makanan-makanan segera ni.. memang la rasanya sedap tapi tidak berkhasiat.. ambil contoh satu : sosej

sosej mengandungi nitrat. apabila nitrat dipanaskan nitrat akan bertukar menjadi nitrosamine. Sejenis bahan kasinogen paling popular dalam mencetuskan kanser.

hmmmm...


baru satu contoh belum lagi kira lemak tepu dalam daging burger. 

fikir-fikir balik... memang pun tak berapa gemar makanan-makanan segera termasuk la jajan-jajan. munkin dah di didik dari kecil... 

so makanan-makanan begini bukan la pilihan yang sesuai buat stok.... 

hari ini.. setelah 4 tahun akhirnya dah dapat formula sediakan makanan cara mudah lagi berkhasiat.. insyaAllah....

banyak resepi-resepi kalau kita google. yang mudah nak sediakan untuk golongan berkerjaya seperti saya.. acerccer....

antaranya... buat ikan bakar, masak tomyam... feveret ni paling sonang baitu... rebus2 siap.. tapi kena ikut formula ar.... 

Laksa penang ... saya rasa senang je buat ni.. cuma laksa johor je belum cuba lagi...

Ada orang.. bukan saya.... bahan-bahan macam bawang putih, bawang merah, halia. dah dikisar siap-siap masuk dalam tupperware dan letakkan sedikit garam.. sebagai bahan untuk tahan lama. masukkan dalam peti ais. sebab nanti time masak senang je. tinggal tumis... 

Pokok pangkalnya bergantung pada nawaitu seseorang.. Innama A`malu bil niat. segala amalan tu bermula dengan niat...

.. alhamdullilah....

sekian.. banyak pulak membebelnya hari ni.... 

*p/s : kira ada berapa perkataan senang pada teks diatas berbanding perkataan susah... heeehe


Monday, August 12, 2013

Siapa wanita yang paling cantik ?


1.  Siapa pun yang bernama wanita pasti mahu di pandang cantik dan indah.. buktinya banyak produk-produk kosmetik, makanan tambahan, kelas-kelas fitnes kecergasan di pasaran yang laris rating jualannya. Kecantikan fizikal boleh diamalkan dengan pengambilan makanan yang seimbang, faktor kekemasan dan kebersihan  dalam penampilan dan sentiasa bersenam untuk memastikan kecergasan fizikal.

2. Namun kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada' dan kadar. Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah berikan. Disamping tidak putus asa berusaha mencapai mampu.

3. Dia tidak akan menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, Tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, Sentiasa berusaha dan bersangka baik sesama manusia.

4. Dia bijak mengendalikan pengurusan kewangan, Sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru agar tidak ditipu oleh kejahatan yang menipu daya.

5. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung disebaliknya. katakan selalu begini jika diduga:

" Sesunggahnya Allah tidak menjadikan ia sesuatu yang sia-sia"

5."ya.. saya tahu.. memang senang nak menulis begitu dan begini.". namun hakikatnya apa-apa jua prinsip pun akan teruji.bersabarlah dan berdoa...


Teringat pengalaman peribadi penulis semasa berumur 11 tahun. Ayah pernah menyampaikan satu hadis kepada saya..memandangkan cuma saya seorang sahaja satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
hadisnya begini...

"Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: " Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.' (riwayat)

dan itulah yang pertama dan terakhir barangkali pesanan ayah itu.tapi saya tetap ingat dan ingat sehingga sekarang.

6.Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah,ikhlas dan redha,  cekap mengendalikan emosi maka dialah yang paling cantik dan indah di pandangan manusia, dan semestinya Allah s.w.t

Sungguh pun cantik dan manis itu subjektif. Namun  indahnya pantun melayu itu sendiri mendefinisikan makna cantik...

Yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa...

Semoga kecantikan yang kita miliki tidak luput dek usia, tidak sekadar dipuja-puja sewaktu belia remaja... tetapi tetap utuh. tidak lekang dek zaman... seperti kecantikan yang kita selalu dengar dari cerita serikandi-serikandi islam.. dalam menegakkan syiar islam. Khadijah r.a melukiskan kecantikannya melalui kesetiaan, Aisyah R.a melukiskan kecantikannya dalam kecerdasan, Maryam melukiskan kecantikkannya dalam kesucian, Asiyah melukiskan kecantikkannya dalam ketawakalan, dan Fatimah Azzahra melukiskan kecantikannya dalam kesabaran.

Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar !

 Sekian. Salam aidil fitri. Maaf Zahir dan batin. 5 Syawal 1434 hijrah.



p/s :Alhamdullilah Allah yang mendorongkan saya untuk mengulas dan menukilkan dari versi yang pertama... bukan nak menunjuk-nunjuk yang penulis ini seorang yang baik.. tetapi atas rasa tangungjawab menyampaikan perkara kebaikan.. insyaAllah semoga bermanfaat ..

Janji Khalifah

Lirik Lagu: Janji khalifah
Hijjaz


Ke mana hilang janji dan sumpah setia
menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Thursday, August 1, 2013

Siapa yang paling kejam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Untuk renungan kita bersama..

Photo - Pn. Shahrina Ahmad Sharkawi

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seornag perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya mengeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

"Akulah orang yang paling kejam",
Tidak berpuas hati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, memperkosanya dan terus mencekik perempuan itu sehingga mati.

Dan dia berkata "Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketigapula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

"Akulah yang paling kejam, Aku cuma berdiri dan melihat kekjaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir.

Lelaki pertama ialah israil.

Lelaki kedua ialah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi.

Tahniah kepada umat Islam !!
Berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan kita, itu sahaja yang mampu kita buat....
mahukah kita jadi sekejam lelaki ketiga.. jika tidak kongsikan artikel ini...

Siapa tahu dengan artikel ini lebih ramai umay islam akan sedar dari tidur lenanya...

Ayuh kita bersatu demi islam, bantulah seboleh yang mampu...

Sama-samalah bermuhasabah diri....

p/s : Kredit untuk encik Zulfadli  atas nukilannya... saya cuma copy jer...