Monday, June 24, 2013

Kisah Sarang Burung Layang-Layang (Bukan Walit Gold)

Ada sebuah sarang burung layang-layang dicelah bangunan. Sarang ini kosong.


Beberapa minggu kemudian ada sepasang burung Layang-Layang bertelur disini. Telur-telur ini menetas.  dan

Thursday, June 20, 2013

Letih Ikut Dunia Orang Lain


memetik tajuk artikel website Encik Samsudin yang bertajuk "Letih mengikut Dunia orang lain...."

Mari belajar menjahit

Pada bulan 4 dan 5 lepas bekesempatan untuk belajar menjahit baju kurung johor.
pada tarikh 21-20/04/2013 , 11-12/05/2013 dan 18-19/05/2013 ... masa 8.30 - 4.30 petang. rehat jam 1-2 petang.. sangat fleksibel ....

. Bertempat di Pusat Giatmara Simpang Renggam. sempena program kemahiran 1Malaysia.

Tidak dikenakan sebarang cas mahupun yuran. apa yang penting semangat untuk sedia belajar.. cewah...


huui semangat sebelum melangkah keluar rumah.


haa inilah bangunannyer.. banyak berjasa ni...

Gunung Lumut




Bertempat di daerah Kluang

Biasa la pose macam ni

Tips Pengurusan Kewangan



1. Bersyukur dengan gaji yang ada dan berbelanja kurang dari pendapatan.

2. sentiasa mempelajari ilmu-ilmu berkaitan pengurusan keewangan. melalui buku, nasihat pakar dan sumber-sumber lain.

3. Rancang serta patuhi bajet anda.
- kumpulkan bil-bil . tengok arah aliran perbelanjaan kita.

4. Lunaskan hutang kad kredit anda.

5. Mencarum dalam Plan persaraan.

6. Menabung 1/3 dari pendapatan (Simpanan wang.)

7. Melabur. pastikan pelajari teknik2 pelaburan yang betul dan patuh syariah.

8.  Kemaskini Wasiat.

9. Simpan rekod keewangan dengan baik.

10. bersedekah dan membayar zakat.

Rujukan infoWang


Sumber rujukan lain...

1. irfan Khairi
web

3. Dr. Niki Syuhada 
Video










Wednesday, June 19, 2013

Sungai chepir


2007
hujung-hujung minggu ketika di IKM Sik... pernah suatu hari tu kami di ajak oleh Zetti untuk bermalam di rumah dia... Aku , Zalikha dan Atika.. apalagi ibarat orang mengantuk disorong bantal...
rasanya rumah Zetti ni kat kawasan sungai Chepir..
masih lagi di kawasan sik.

hari jumaat dan sabtu merupakan hari cuti di kedah. pagi-pagi lagi pada pukul 7.30 pagi la kiranya.... kami minta izin dekat mak Zetti untuk ambil angin kat luar...
Jalan-Jalan punya Jalan... jumpa la sebatang sungai.. memang awal lagi kami dah diberitahu Zetti yang kat kawasan rumah dia ada sungai...

mula-mula niat nak santai-santai.. tapi tengok si Atikah dah masuk dalam air.. apa lagi.. aku pun rasa nak terjun jugak la... Zalikha cuma rendam-rendam kaki.. peh sejuknyer air ni..

tengok-tengok kat celah-celah batu... ada anak-anak udang.. bukan main seronok lagi 3 dara ni menyelam dalam sungai... bergurau gurau... samapai dekat pukul 11 pagi pun dah tak perasan.. mana nak perasan tak bawa jam...

huu tengah seronok-seronok aku bergurau-gurau.. di gigi air.. ada daun pandan rasanya.. bekas masak nasik lemak... hmm

pastu kan... tiba-tiba jer ada pampers budak dan seberkas palstik sampah terapung-apung kat air.. pe lagi.. cakap dekat Atika dan Zalikha.. dah2 jom naik-naik.. sungai ni dah tercemar...

heeehe dah berendam lama baru nak perasan yang sungai tu tak berapa bersih sebenarnya....

Nasib Badan.. tak ada sebarang jangkitan penyakit kulit... Alhamdullilah....


Lata Mengkuang



Monday, June 10, 2013

Tip penanaman pokok bunga ros

Bismillahhirrahmanirrahim...

Entri kali ni dicatatkan untuk mengumpul seberapa banyak tip berkaitan penanaman pokok bunga ros.. aka.. pokok bunga mawar...

1. http://www.bungaros.com/informasi.html
2. http://bukubunga.blogspot.com/2013/03/cara-mudah-menanam-bunga-mawar-dalam-pot.html