Thursday, December 15, 2011

Doa untuk ayah dan ibu .





"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibu dan bapaku sebuah Mahkota yang 


sinarnya lebih terang dari pancaran matahari , kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan 


syurga yang cahayanya menyinari sanubari , 


kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga , 


agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata .


 agar ibuku dan ayahku menjadi insan yang paling bahagia di Firdausi sana "

Tuesday, October 11, 2011

Friday, September 30, 2011

Thursday, September 22, 2011

Bagaimana Menulis Post Berkualiti

1: Penyelidikan

  • Kata kunci: Sebelum menulis post, cari kata kunci sesuai untuk dijadikan tajuk. Tajuk tersebut kemudiannya bertindak sebagai “umpan” dalam menarik trafik dari enjin carian.

Tuesday, September 20, 2011

Cerita Hati

Lirik Lagu Cerita Hati - Hafiz Hamidun




Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

10 Tip Penting Membeli Notebook

Notebook kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Pada masa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation).

Monday, September 19, 2011

Entah Ya Entah Tidak


Entah ya entah tidak
Kalau ya takkan ku tolak

Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi -tampi
Kalau jadi katakan jadi
Jangan saya ternanti - nanti

Tangkai selasih tidak berduri
Selasih kembang didalam air
Abang kasih tidak bererti
Kasih abang hanya di bibir

Jala putus bawa berenang
Berenang lama menuju pantai
Kata putus badan kusenang\
Jangan lama  saya terbiar

Entah ya entah tidak
Kalau ya takkan ku tolak

Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi -tampi
Kalau jadi katakan jadi
Jangan saya ternanti - nanti

Pohon buluh susah di panjat
Retak diruas letakdi laman
Kalau sungguh abang berhajat
Tepak sirih segera meminang

Friday, August 26, 2011

21 Tips Cegah Jenayah dari PDRM




Penting Sempana Cuti Raya
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh

Polis DiRaja Malaysia  [ PDRM]



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). 

Wednesday, August 24, 2011

Tutorial cara pasang top commentator

 
Assalamualaikum w.b.t
Di sini disertakan cara untuk memasang wiget Top Comentator .


Sebagai contoh
*design.
*page elements.
*add a gadget.
*HTML / java script.
*copy and paste kod ni.


Salam Aidil Fitri





Maaf Zahir dan Batin ...


Seloka Hari Raya

Pi bazar menunggang unta
Namun hanya mimpinya cuma
Ramadhan kini meninggalkan kita
Tiba masanya Syawal menjelma

Ayak tepung nak buat biskut
Dimakan nanti di hari raya
Balik kampung jangan memecut
Berhati-hati di jalanraya

Pergi pekan naik landrover
Berbaju raya berbunga-bunga
Beraya sakan janganlah over
Lepas raya nanti ternganga

Makan mihun ditambah lada
Dah tambah lada pedas terasa
Sepanjang tahun bergurau senda
Mungkin ada terkasar bahasa

Ayah bonda nun di desa
Tetap di hati walau jauh di mata
Andai ada terkasar bahasa
Setulus hati maaf dipinta

Pakai kebaya bersama Rohaya
Beli daun palas di pasar tani
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan ikhlas dari saya..

Monday, August 15, 2011

11 amalan sunnah khusus bulan Ramadhan



"Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.

Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan.

Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.
Shahmuzir Nordzahir

Andai Aku Disisi Mu



Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

c/o
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu

Album : Syukran
Artis : Hafiz Hamidun



Friday, August 12, 2011

Warkah Buat Wanita

                     Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.
          Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.
Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.
Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.
Wanita yang dikasihi sekalian,
          Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.
            Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.
                  Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.
Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.
             Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.
Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.
              Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.
   Wanita muslimah yang dikasihi.
          
              Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??
          
     Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

Dipetik dari iluvislam

Wanita kerana dirimu berharga

Wednesday, August 10, 2011

Doa Putus cinta ( Menghadapi Kekecewaan )

   tadi aku stallker kat wall fb dia .. aku tak tahu kenapa dan mengapa hati aku ini dalam  sehari mesti nak view wall fb dia .. macam ada magnet yang menarik - narik hati aku untuk melihatnya . adakah itu perasaan rindu ? tapi haruskah aku meluahkan perasaan rindu ini ? pada dia...
      tiba- tiba pc aku ni jadi jamm . adakah Allah juga tidak membenarkan untuk aku meneruskan menulisanku ini ?. Merindui pada insan yang tidak rindui aku .

     setelah ku restart semula.. keadaan kembali seperti biasa, keinginan aku untuk menulis dan mencurah idea yang terbuku di hati ini tak mampu untuk dibendung. subhanallah ku cuba kuatkan hati . untuk tidak mengingati dia . aku sedar dia juga sudah ada seseorang yang istimewa dihati . akan dipedulikankah aku ini . yang cuma seperti sebutir pasir di padang . Aku view lagi..

      "hai hati sudahlah tu.. buat apa nak di harapkan pada yang tidak sudi ? meski air mata kau mencurah seperti lautan mengenangi pulau . dia tetap tidak akan hiraukan . kerana dia sedang berbahagia disana ."

   aku selalu cuba untuk berlaku profesional . kerana aku akan berhadapan dengan dia pada hari - hari yang mendatang  . agak - agaknya bilalah aku ni nak jumpa Mr. charming aku . aku harapkan orang seperti dia . tapi dia , kepunyaan orang lain . aku hendak sangat tahu apa yang terbuku dihatinya . masih adakah ruang aku untuk dirinya . inilah jadinya kalau cinta bertepuk sebelah tangan . aku cuba untuk berlakon seperti tidak pernah berlaku apa - apa . tapi aku bukanlah pelakon yang terbaik.

 Nauzubillah ..

Latihan untuk hipokrit yang tak menjadi .

Dalam hati hanya mampu berdoa .


 ". Ya Allah hapuskanlah kekecewaan ini . Gantikanlah dia dengan seseorang yang lebih baik . "


Erti sebuah perjuangan

“Biar kepahitan itu pergi,
agar kemanisan mengisi,
biar kekecewaan berlalu,
agar kemanisan mewarnai,
biarlah kegelisahan lenyap,
jangan kita hilang semangat,
biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula,
biarkanlah diri ini derita agar aku tahu kepahitan derita itu,
agar aku sedar kesengsaraan ini,
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.a.w.

Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
Cahaya kelam pahala dosa,
berupaya memilihnya,
walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu.

Namun peluang dari-Nya sentiasa ada.
Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi.

Diturunkan ad-din memperhalusi akal,
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti,
menjadi sebaik-baik umat,
tunduk sebagai hamba,
berjalan sebagai khalifah,
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”
menyemai sepohon “taqwa”
agar dapat berteduh dari kapanasan “nafsu”,
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dlm mencari "keredhaan Allah S.W.T."

Betapa Berharganya Setitis Air Mata



Entah sudah berapa banyak pulau yang bergenang dgn hujan air mata kita, puluhan, ribuan, atau bahkan, sudah tak terkira lagi tempat yang hampir karam kerananya. Tanpa di sedari, sesungguhnya kehidupan seringkali memaksa kita untuk menitiskan butiran-butiran jernih itu, tidak mengira apapun sebabnya, kita terlalu lemah untuk menahannya agar tidak mengalir untuk menenggelamkan gugusan-gugusan pulau yang telah dibangunkan dengan serpihan kekuatan serta semangat yang tersisa.

Butiran jernih itu terus mengalir tanpa mengetahui ke mana harus bermuara, kerana ia pun tak tahu mengapa harus keluar dari hulunya.

Kita mungkin pernah berada di puncak kesedihan atau kegembiraan, di mana saat itu kita tidak lagi mengerti apa yang harus dibuat, sehingga air mata yang menjadi jawapannnya, dia seolah-olah menjadi penyelesaian saat kita mengalami kebuntuan, tidak ada cara untuk menyelesaikan permasalahan. Sebuah penyelesaian yang harus dan dapat dipertanggungjawabkan tentunya.

Namun air mata juga dapat dijadikan sebagai benteng untuk berlindung dari sebuah kepalsuan, seorang kawan berkata, dengannya kita dapat menjadi orang lain, tanpa harus bimbang tentang keabadian.

Butiran jernih itu terus mengalir tanpa mengetahui ke mana harus bermuara, kerana ia pun tak tahu mengapa harus keluar dari hulunya.

Apa pun pendapatmu tentang butiran jernih itu, air mata sering kali dikaitkan dengan kelemahan, bagiku hanya orang orang kuat sajalah yang dapat menangis. mereka tahu betapa berharganya setitis air mata itu, sehingga tidak dengan mudah membanjiri serta mengalir sesuka hati, bahkan air itulah yang kelak dapat memadamkan bara api neraka.

" Dua pasang mata yang Allah haramkan api neraka menyentuhnya : Mata yang berjaga saat berjihad fie sabilillah


Antara Rahsia penyediaan Resume yang berkesan .

     
         Boleh dikatakan semua orang mampu menulis resume dengan hanya melihat contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.

       Saya berikan satu contoh seperti “bernyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar.
       
    Cuba anda lihat kartun Doraemon – Giant menyanyi penuh semangat tetapi semua orang tutup telinga…hehe J
     
      Baikhlah, contoh ini saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Maksud saya resume yang dihasilkan kurang menarik jika bakal majikan melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk pastikan bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.
          
       Ramai diantara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri.  Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke temuduga.
     
         Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan. Anda perlu jujur dalam penulisan resume. Sebaik mana pun resume anda, tetapi jika terdapat unsur penipuan anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya dipilih untuk ditemuduga nanti.
Kantoinya berkali-kali ganda.
       
        Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat anda mohon kerja terlebih dahulu kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.
Saya ingin berikan sedikit tips untuk menyediakan resume untuk memohon kerja. Walaupun ramai dah tahu, ada juga yang tak tahu.

Tipsnya:
# Sediakan resume dalam Bahasa Melayu. Dalam BI boleh juga, tapi pastikan anda ‘ready’ untuk disoal banyak dalam English.
# Maksima resume – 2-3 muka surat! Usah lebih dari itu kerana ianya mampu membuatkan penemuduga ‘malas’ melihat kesemuanya.
# Gunakan gambar berwarna berukuran pasport pada bucu kanan resume anda..
# Pastikan resume ditulis dengan ringkas tapi padat. Usah menulis panjang berjela.
# Resume hendaklah dicetak dengan kertas yang berkualiti. Disyorkan gunakan ‘glossy paper’saiz A4. Ramai orang sediakan resume dengan kertas A4 nipis saja. Usah ulanginya.
# Pastikan format susunan maklumat pada resume anda adalah betul. Pastikan ianya bermula dengan pengenalan diri anda.
# Gunakan font yang sesuai buat resume anda iaitu tahoma, arial, verdana atau calibri yang bersaiz 10-12. Itulah sedikit tips berkenaan penyediaan resume kerja kerajaan.

SELAMAT MENCUBA...

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Oleh : UNIC


Tuesday, August 9, 2011

Guru Oh Guru


Berguru padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Sketsa Ramadhan Kareem

9/8/2011
9 Ramadhan 1432 H

jam 9.00 pagi

Bos   :  Hana saya nak keluar ke pejabat pos mahu beli stamp...

Hana : Nak anta kad raya kah ? ( sambil tersenyum - senyum kambing.. ada lagi orang nak anta kad raya yang    real.di zaman orang hantar ucapan raya pakai sms atau berfacebook saja . fuuuh.. )

Bos : haah..( menyedari Hana asyik terseyum sesorang mengelamun dia segera berkata )nak bagi Pekerja pejabat Pos duit..agak- agak untuk satu kad raya berapa sen yer ? 0.50 Sen ada tak ? (sambungnya lagi )..

Hana : mungkin kot... sambil terpikir - pikir  tahun lepas dapat kad raya yang berstamp 0.50 sen .. agak - agaknya sekarang ni 0.60 kot.. kata Hana didalam hati.


Bos : Kalau dulu - dulu  harga ada yang 10 sen.. 20 sen .. sejak menjak ni naik pulak ... 50 sen ..
      Saya pergi Pejabat pos dululah .. nanti kalau ada orang telefon beritahu saya di pejabat pos sekejap

Hana : baik ...

6 jam kemudian ..

Hana : Assalamualaikum ( sambil menjengah di pintu bilik bos)

Bos : Wa'alakumsalam.. ya ada apa ?

Hana : Encik saya Mahu ke keluar ke pejabat pos sekejap yer...

Bos : nak beli Stamp kad raya jugak lah tuuu ...

Hana : ........................... hihihihi.. (senyum lagi sendirian... )


Assalamualaikum wbt.
Apa khabar anda sekalian ...
masih dalam mood bulan Ramadhan . Bulan keberkatan .. InsyaAllah .. situasi di atas merupakan situasi biasa di bulan Ramadhan . ketika kita menjelang menyambut Hari Raya . Pada masa dahulu kad  raya . merupakan antara medium yang popolar bagi penganti diri . Tapi kini situasi sudah berubah .
kad - kad raya sudah di ganti dengan  ucapan - ucapan  SMS di telefon .. hikhikhik...

 ( agak- agak boleh agak kah siapa watak Hana dalam dialog diatas )
sekian .. selamat beramal ... =)

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu



Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)



Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

Ameen Ya RABBal 'Alameen.

dipetik dari: http://jejakaddin.blogspot.com

Cara redakan kepala yang berserabut



Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.



9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!



di petik dari : esempoi

10 Nasihat Buat Mereka Yang Sedang Bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariat-NYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-NYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
   
by Natrah khairy

Wujudkah Sokongan Mimpi Dalam Urusan Jodoh?

Terlebih dahulu, mari kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah.

Apakah pandangan Islam tentang mimpi (ru’yah)?

Realiti 3 golongan:

1. Ada orang yang bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan dan mainan perasaan.

2. Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafikan sesuatu yang wujud, thabit (tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.

3. Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah SWT dengan apa yang telah diyakini berdasarkan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Pendapat ini lebih adil dan sederhana.

Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada beberapa penjelasan tentang kedudukan mimpi dalam Islam.

Antaranya ialah:

1. Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi bahawa hubungannya dengan Allah telah mantap maka dia hanya perlu solat pakai niat sahaja, maka mimpinya dikira batil dan tak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).

2. Mimpi seseorang tidak diambil kira jika bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya wanita mengandung bermimpi makan khinzir menyebabkan dia sangat mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum agama yang telah tetap).

3. Mimpi seseorang yang tak bertentangan dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sediri, bukan hujah bagi orang lain. (Misalnya jika seseorang bermimpi berkahwin dengan seseorang, manakala agama dan akhlak orang tersebut memang bagus, maka dia boleh berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri).

4. Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan, bercampur-aduk dengan waham (prasangka), justeru kita tak bergantung sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui tentang agama dan akhlaknya, maka tak perlu terburu-buru percaya pada mimpi itu. Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan ahklaknya dengan teliti).

5. Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan tambahan pada perkara yang telah tetap (thabit) daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.

6. Mimpi bukan semuanya daripada syaitan dan mainan perasaan ketika tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.” (Riwayat Muslim).

 Ibnu Taimiyah berkata di dalam Al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).

7. Sekalipun ulama tidak mengingkari wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan perlunya nilaian daripada Al-Quran dan Al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua sumber tersebut yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).

8. Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa)

 Jadi, wujud kan Sokongan Mimpi dalam Urusan Jodoh?

Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita agar beristikharah (berdoa pada Allah) dan bermusyawarah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.

Kita tak perlu meragui lagi bahawa Rasulullah SAW menjadikan istikharah itu trend dalam hidup baginda apabila ingin membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya:

“Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).

 Setelah kematian Khadijah, Allah SWT sering menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat). Tiga kali mimpi itu menemani malam baginda.

Baginda cuma berkata kepada diri dengan mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun 'alaih).

Setelah mengalami mimpi itu, Rasulullah SAW bermusyawarah dengan Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Usman bin Mazh’un yang mencadangkan calon untuk baginda. Didapati calon yang dimaksudkan berdasarkan nilaian agama memang patut dijadikan isteri. Natijahnya, Rasulullah minta dia menyampaikan pinangan baginda kepada calon yang dimaksudkan itu.

Kesimpulannya:

1. Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah.

 2. Petunjuk tak semestinya hadir melalui mimpi. Namun jika kita bermimpi yang baik, ia boleh jadi bonus sokongan daripada Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tak patut diingkari secara umumnya.

3. Petunjuk boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama.

4. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk.

Persoalan Lazim Remaja

“Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?” ...“Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?” “Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas buat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?” “Saya takutlah nak buat istikharah. Takut nanti nampak apa yang saya tak kenan.”

 Apa Itu Istikharah?

Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.

Contohnya, nak beli kereta VIVA atau Myvi bila dah mula kerja nanti, nak balik kampung atau ikuti program keusahawanan ketika cuti semester depan, nak pilih course Undang-undang Sivil atau Undang-undang Syariah, dan sebagainya. Bagaimana membuat pilihan? Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang). Berdoa pada Khaliq dan berbincang dengan makhluk. Sandarannya Al-Quran dan Al-Sunnah. Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah atau melakukan larangan-Nya. Contohnya, nak pakai tudung ke tak? Nak pakai jeans ke baju kurung? Nak pergi dating atau study? Dan sebagainya.

 Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan

Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mentera dan meramal masa depan. Pelbagai kretiviti direka-reka untuk menilik nasib ketika itu seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan kayu yang keras yang telah dihaluskan. Mereka meramal untuk mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya. Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maiah: 90). Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan seperti ini, Allah SWT mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih untuk beristikharah sebelum memutuskan urusannya.

 Doa Istikharah

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”

Galakan Istikharah

Melihat galakan istikharah yang tinggi dalam Islam hingga ada ulama yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunnah bukan wajib. Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).

Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

 Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?

Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi kenapa perlu takut untuk istikharah? Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah SWT buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi! Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita! Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.




dipetik dari wall kak Fatimah Syarha.
7/12/2010.
12:56 am.

Ada Apa Dengan Melayu ?




Bismillahirrahmanirrahim.....

Apabila disebut tentang Melayu, tergambar satu ayat yang agak popular di kalangan orang Melayu dalam fikiran saya iaitu “Takkan Melayu hilang di dunia!”. Kenapa munculnya ayat ini? Pada saya ayat ini hadir kerana rasa cinta dan bangga bangsa Melayu terhadap keturunannya. Namun apakah nilai yang hebat tentang perjuangan memartabatkan Melayu? Pernah seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah di medan perang dan mati dalam medan perang tersebut namun dijanjikan neraka untuknya kerana beliau bukan berjuang kerana Allah, sebaliknya kerana ingin mempertahankan tanah Arab.

Bagaimana pula jika seorang lelaki Melayu mati kerana memperjuangkan bangsa Melayu? Di mana tempat dia akan diletakkan? Tidak salah memperjuangkan bangsa, tetapi apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh bangsa itu? Adakah bangsa itu mempejuangkan agama Allah? Jika tidak kenapa kita terlalu bising tentang perjuangan bangsa?

Apakah kemulian yang ada pada bangsa Melayu? Saya sendiri adalah orang Melayu dan saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Namun saya tidak pernah merasakan bangsa ini lebih mulia daripada bangsa lain. Kenapa? Kerana Rasulullah sendiri tidak memuliakan bangsanya kecuali mereka-mereka yang cintakan Allah. Rasulullah sendiri pernah menyebut “Celakalah kamu wahai orang Arab!”, kenapa Rasulullah berkata demikian? Bukankah baginda sendiri berasal dari kaum Arab?

Kisahnya begini:

Abdullah bin Amar bin Muhammad bin Aban al-Ju’fi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd Rahim iaitu Ibnu Sulaiman telah meriwayatkan kepada kami daripada Zakaria’ daripada Abi Ishaq daripada ‘Amar bin Maimun Al-Audi daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata:

Ketika Rasullullah sedang bersolat di Baitilah, Abu Jahal dan sahabat-sahabatnya yang terdiri dari orang-orang ternama Quraisy sedang duduk di situ. Kebetulan pada waktu itu ada seekor unta sedang disembelih. Abu Jahal lalu berkata kepada 6 orang sahabatnya, “Siapakah di antara kalian yang berani mengambil uri/tembuni unta (organ dalaman unta) dan meletakkannya pada Muhammad yang sedang bersujud?” Maka seorang yang paling celaka dari mereka pergi mengambilnya dan ketika Rasulullah sedang sujud, dia pergi meletakkan uri unta itu di antara tulang belikat (belakang) Rasulullah. Setelah itu mereka ketawa berdekah-dekah sambil mengejek-ngejek Rasulullah.

Rasulullah diam dan tidak bangun dari sujudnya sehinggalah Fatimah (anak baginda) ternampak kejadian itu dan mengambil uri unta dari belakang Rasulullah. Setelah itu barulah Rasulullah menyelesaikan solatnya dan berdoa, “Celakalah kamu wahai orang arab Quraisy!”, sebaik saja mendengar doa Rasulullah, kesemua tujuh orang arab mula merasa takut dan diam tidak terkata. Rasulullah menyambung doanya, “Celakalah kamu wahai Abu Jahal!”, “Celakalah kamu wahai Uqbah bin Rabi’ah!” dan begitulah seterusnya baginda menyebut seorang demi seorang sahabat rapat Abu Jahal itu.

Persoalanya di sini, kepada Rasulullah berkata ‘Celakalah kaum Arab Quraisy?’, ia sebenarnya bermaksud celakalah orang Arab yang menghina nabi Allah, menghina Allah dan juga Islam. Tiada sebarang kemulian kepada mereka meskipun mereka berbangsa Arab yang sama keturunannya dengan Rasulullah. Kemuliaan setiap insan itu atas dasar Islam dan keimanannya kepada Allah dan rasulnya. Bukan pada bangsanya!

Oleh yang demikian apakah faedahnya memperjuangkan bangsa jika Islam dihina? Apakah faedahnya bertekak lidah tentang ketuanan Melayu sedangkan perjuangan untuk memartabatkan undang-undang Islam diketepikan. Benarkah undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara majmuk dan mempunyai rakyat yang menganut pelbagai agama berbeza? Lupakah kita bahawa ketika Rasulullah memerintah, baginda juga mempunyai rakyat berbagai agama dan bangsa? Atau kita menganggap undang-undang yang diciptakan oleh Allah itu lemah dan tidak sesuai untuk orang bukan Islam? Sesungguhnya dengan berfikiran begitu kita telah pun syirik kepada Allah. Padahal undang-undang Islam itu meliputi seluruh peraturan dunia samada untuk orang Islam, bukan Islam, manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, manusia dengan Allah dan segala-galanya.

Apabila kita bangkitkan tentang kelebihan bangsa, kita seolah-olah menghina bangsa lain. Ia sama saja sebagaimana sifat orang arab yang berbangga dengan bangsanya dan menghina bangsa lain. Lebih teruk lagi bangsa Israel yang menganggap bangsa lain seperti binatang semata-mata.

Perjuangan bangsa tidak membawa kita ke mana-mana, hanya dengan keegoan dan kesombongan kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu tidak memabawa apa-apa makna. Ia hanya akan menyebabkan kebencian dan kemarahan bangsa lain. Berbeza dengan perjuangan memartabatkan Islam. Tidak kira apa jua bangsa kita, kita adalah saudara dan orang bukan Islam yang baik pula adalah kawan yang perlu dihormati. Islam mengajar kita supaya memerintah dengan adil dan saksama. Islam mengajar kita supaya memartabatkan Islam! Bukan bangsa! Jika Rasulullah sendiri mendoakan kebinasaan kepada bangsanya, apa pula kelebihan bangsa kita jika meninggalkan Islam seperti ini?
Renungkan balik apa yang telah berlaku kepada bangsa kita:
  • Berzina, rogol dan sumbang mahram.
  • Golongan paling tinggi membuang dan membunuh anak.
  • Meninggalkan solat (jika berterusan boleh jadi murtad).
  • Tidak melaksanakan undang-undang Islam.
  • Rasuah berleluasa.
  • Wanita berpakaian tetapi telanjang. Hasilkan pula rekaan fesyen alaf baru yang jauh terpesong dari landasan Islam. Seolah-olah terma dan syarat pemakaian yang ditetapkan oleh Allah itu sangat ketingglan zaman, hodoh dan hina!
  • Mengagung-agungkan hiburan.
  • Menyediakan pusat judi terbesar di asia tenggara.
Dan banyak lagi yang tidak dapat saya penuhkan di sini.
Tidakkah ini semua seolah-olah menghina Islam?
Siapakah bangsa yang paling ramai melakukan kesalahan-kesalahan di atas?

Tentu saja jawapannya ialah MELAYU!

Jadi ada apa dengan MELAYU?

Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah!

Perjuangkanlah ISLAM!
  



http://wanwma.com/  Dan Sini

Bertunang

Erti Sebuah Pertunangan...

Ya bertunang atau dalam istilah arabnya 'khitbah'..

Empunya diri tiada berpengalaman. Belum lagi hadir insan bertuah yang disarungkan cincin oleh bonda tercinta.Biar masa dan ketika yang menentukannya..Menghadirkan diri dalam beberapa buah majlis pertunangan, sambil berwacana mesra dengan mereka yang sudah berpengalaman merasa pahit manisnya alam ini, terutama dengan bonda, saya menguatkan hati untuk menulis..

Ada yang bertunang sebulan, 2 bulan, 2 tahun dan ada juga yang bertunang sejurus sebelum akad sang pengantin lelaki menghalalkan hubungan..
 
Ada 5 dulang, dilawan balik 7 dulang.Macam-macam ada..

Ayah si lelaki menjual pantun 4 keratnya. Terkulat-kulat wakil pihak perempuan mahu berpencak pantun.Bunga-bunga bahasa adat diserikan dengan latar dan dialek keluarga yang mungkin berbeza. Kelantan bertemu Johor, Kedah pula bertandang ke Selangor..

Si lelaki siap bersut Melayu lengkap, bertengkolok Hang Tuah, keris lok tujuh tersisip di pinggang, masih menunggu di dalam kereta di luar rumah. Si hawa siap menunggu di pelaminan, mesra , senyum lupa dunia..

Bicara tidak akan saya halakan kepada realiti dan adat bertunang di nusantara Melayu. Kerana itu lebih kepada uruf atau adat yang bersifat harus. Ada tiada masalah, ditiadakan juga tidak merencatkan apa-apa asal majlis sesuai syariat..

Sunnahnya RAHSIA..

Kahwin SUNNAHnya digembar-gemburkan. Sekampung sebandar diajak merayakan detik bahagia mempelai sejoli, didoakan di pelaminan..

Namun, bertunang sama sekali berbeza dengan perkahwinan.180 darjah terbalik arahnya. SUNNAHnya pertunangan itu dirahsiakan..

Nabi SAW ada mengingatkan kpd kita..

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”

(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)
 
Benda baik, kenapa perlu dirahsiakan??

Ini mungkin menjadi suatu tanda tanya bagi mereka yang kurang memahami..

Pertunangan adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah pernikahan. Benda baik, menikah..Komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. Kerana namanya manusia.
 
Tetapi jalan ke arah pernikahan itu juga tidak sunyi dari gangguan syaitan dan nafsu.

Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara seorang adam dan hawa. Tunang bukanlah LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentuk perkara yang boleh dilakukan pasca perkahwinan. Batasnya tetap sama, persis sebelum pertunangan. Haram disentuh dibelai mesra, berdosa kalau asyik SMS " Saya sayang awak,Mmmuaah", setiap pergerakan dalam 24 jam direkodkan kepada si dia...Tidak boleh keluar berdua-duaan sama ada di tempat khalayak apatah lagi di zon sunyi sepi..

Tidak ubah bak irama kapel yang didendangkan oleh anak remaja zaman sekarang.

Dan pelbagai tidak yang lain lagi..

Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH. Suara-suara sumbang akan beredar ke udara.Gosip-gosip liar akan berkeliaran menyebar ke telinga-telinga yang suka mendengarnya..

" Ala bertunang je pun.Tunang dia pun bukan baik sangat.."

" Pakai cincin tunang.Saja je nak menunjuk tu!!"

" Apa la yang dia guna-gunakan sampai mamat tu jatuh hati, sampai bertunang lagi!!"

Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..

" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia.Mana layak dia untuk laki tu!!"

" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin. Kan betul-betul tak jadi!!"

" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"

Lihat.. Apa yang boleh terjadi. Aroma fitnah menjadi semboyan yang cukup gah untuk menjatuhkan maruah seorang perempuan mahupun seorang lelaki. Tidak semua orang akan memahami dalam konteks yang benar tentang erti sebuah pertunangan..

Betapa cantik dan indahnya Islam.Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya...

Sistem Nilai..

"Apa salahnya. Mak dia pun bagi keluar!!"

Boleh sahaja seorang lelaki akan melenting apabila dikiaskan sindiran apabila mahu keluar bermesraan dengan tunangnya.Ibu dan bapa bakal mertua pun memberi lampu hijau asalkan si perempuan diusung balik dengan keadaan sihat walafiat..
 
"Sebelum pukul 10 malam tau pulang!!" laung si ibu dari ruang tamu, sambil anak mata mengekori pasangan tunang bak belangkas tadi..

'Sporting' kata orang zaman sekarang. Tersenyum bangga bakal mertua, digelar 'sporting' oleh bakal menantu.

Rosak sistem..

Telingkup akhlak..

Apa yang boleh saya komentari, salah dan betul bukan kebenaran ibu bapa sandarannya.Pegangan kita berpaksikan salah dan betul di sisi Allah dan Rasul. Kalau ibubapa berada pada jalur yang sama, taatlah pada mereka. Seandainya tidak begitu, pilihan kita adalah pada Allah dan Rasul terlebih dahulu..

Umpama disuruh ibu supaya memakan najis sendiri, saya percaya tiada akal yang waras akan melakukannya kerana ia bertentangan dengan fikiran manusiawi.Begitu juga sistem nilai. Kalau masih elok perjalanannya, turuti terus nasihat ibubapa..Jika sebaliknya, anda punya sistem nilai sendiri. Timbanglah buruk baiknya sehabis mungkin.

Ada nilai dosa dan pahala di situ..

Antara Syurga dan Neraka barang perjudiannya..
 
Habis tu...
 
" Baik tak payah gatal-gatal nak bertunang kalau cam tu!!" 

Bertunang adalah zon dedikasi dan komunikasi..
 
Punya tunangan juga zon ujian dan cabaran..

Si lelaki mula mengenali bagaimanakah nanti perangai dan watak isteri pujangga hatinya.Dialah bakal ibu bagi zuriatnya.Sekali tersalah pilih, merana seumur hidup..
 
Sang hawa boleh menilik-nilik setahap manakah tanggungjawab dan hormat bakal suami junjungannya.Suamilah tempatnya bakal bergantung harap, tika duka dan suka, pahit dan gembira...
 
Bakal mertua menguji setakat manakah kesungguhan bakal menantunya.Sang bapa lebih-lebih lagi.Tidak sesenang itu dia melepaskan anak perempuannya yang ditatang dengan minyak yang penuh semenjak kecil, dan sewenang-wenangnya mahu dilepaskan kepada seorang lelaki yang belum teruji kemampuannya..

Lantas..

Muncul pertanyaan yang pelik lagi menghairankan...

Berapa kali boleh SMS dalam sehari?

Berapa lama boleh berbual dalam telefon dan berapa kali seminggu?

'emel' dan ' chatting boleh tidak?

Setelah faham akan erti sebuah pertunangan, versi soalan robotik ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.Alhamdulillah, benih kefahaman tertancap di sanubari jiwa. Cuma sayangnya, soalan-soalan kaku dan bisu ini menggunakan bahasa akal robotik, tanpa ada siraman perasaan jiwa tadi..

Biasanya ,mungkin SMS seminggu atau 2 minggu sekali bertanya khabar. Sihatkah atau bagaimana..Kadang-kadang, SMS boleh mencecah berpuluh-puluh sehari apabila si dia ada masalah nan rumit dan memerlukan pertolongan..

Seringnya, telefon hanya beberapa minit, bertanya khabar, mengeratkan silaturahim, saling bertanya perihal keluarga. Jarang-jarang, adegan bicara di arena telefon boleh bermain angka jam apabila episod pelan perkahwinan dikisahkan..

Neracanya subjektif. Jawapannya bukan antara A atau B, mungkin sahaja gabungan antara keduanya..

Cukuplah apabila 'penggera' hati sudah mengatakan ini sudah berlebihan dan tidak betul, pandai-pandailah salam penutup bicara disampaikan.Endahkan penggera yang bertempik, jikalau tidak, kelak membakar diri..

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. (HR Muslim)

Bertunang: YA atau TIDAK ?

Melihat definisi Islam, apabila telah bersetuju kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH. Hanya adat Melayu, berdulang pantun dan bersarung cincin..
 
Segalanya terpulang pada diri sendiri.

Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..

Seandainya pada wasilah bertunang itu sudah terdapat pencemaran maksiat, maruah sudah ternoda hina, jangan sesekali mahu bermimpi sebuah bahtera perkahwinan mawaddah warahmah, kekal ke akhir hayat sehidup semati, akan muncul dalam kehidupan anda..

Ia bukan suis automatik, boleh dikawal selia sesuka hati sesedap rasa, bila-bila ketika.Bertunang adalah proses dengan prosedur.

Terlebih gula, tercampak sekilo garam, tertumpah cuka sebotol ke dalam kuali, bermimpilah anda mahu merasa keenakan masakan..

Silap-silap boleh menjadi penyebab sakit perut..

Pandang-pandang, jeling-jeling..Toleh kanan, toleh kiri..

Moga-moga 'masakan' kita semua enak di mulut, sedap di hati..



http://tintamusafir86.blogspot.com/2010/03/bertunangkhitbah.html